Jawatan Kosong - Guru Interim / Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Gred DC41 Mac 2014

Jawatan Kosong - Guru Interim / Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Gred DC41 Mac 2014
Jawatan Kosong - Guru Interim / Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Gred DC41 Mac 2014

Yayasan Terengganu dengan ini akan mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia kerakyatan Negeri Terengganu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu iaitu jawatan Guru Interim /Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Gred DC41.
  • Bagi calon-calon yang berminat boleh membuat permohonan menggunakan laman sesawang secara online yang disediakan. 
  • Pemohon yang mengisi borang dalam Sistem on-line diminta terlebih dahulu membaca syarat dan maklumat jawatan yang dipohon
  • Pastikan maklumat yang diberi adalah benar. Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan.
  • Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tutup iklan tidak akan diproses.
  • Keputusan pemilihan calon oleh Yayasan Terengganu adalah muktamad.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
  • Calon boleh menghubungi terus Bahagian Khidmat Pengurusan (Unit Perjawatan & Perkhidmatan) di talian berikut : 09-6221733 samb. 313,314,315 ATAU emailkan kepada upjwtn@ytrg.terengganu.my bagi sebarang pertanyaan mengenai jawatan.

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan-jawatan berikut : -

1. JAWATAN : GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) BAGI SUBJEK  Al-QURAN DAN SUNNAH

2. PENEMPATAN : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.

3.TARAF JAWATAN : Sandaran

4. * KADAR ELAUN BULANAN

Kelayakan   Ijazah Kepujian
Gred/Elaun DC 41
Elaun RM1,806.24 – RM3,560.08

*Tertakluk kepada perubahan Skim Perkhidmatan serta pindaan dari semasa ke semasa.

5. SYARAT LANTIKAN :
  • Terdiri daripada warganegara Malaysia serta rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.
  • Umur tidak melebihi 35 tahun bagi siswazah
  • Mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf
  • Mempunyai kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dan mendapat kepujian dalam empat (4) mata pelajaran lain.
  • Calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan kepujian Bahasa Arab sekurang-kurangnya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam mata pelajaran Ugama Islam Tinggi atau Empat Thanawi atau setaraf  dengannya.
  • Seseorang calon boleh juga ditawarkan dan dilantik ke dalam kategori yang rendah daripada kelayakan yang diperolehi mengikut keperluan dan kepentingan Perkhidmatan.

6. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :
Pegawai-pegawai yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

7.CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah melalui dibuat secara online melalui sesawang SAHAJA.
Klik --> Borang Permohonan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Gred DC41.  (Akan dibuka)

CATATAN AM :
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil untuk di temu duga.

Detail Information : Source

Jawatan Kosong - Guru Interim / Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Gred DC41 Mac 2014