Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah agensi yang ditubuhkan oleh
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). PPZ-MAIWP mula
beroperasi pada 1 Januari 1991 bertujuan mengutip semua jenis zakat
harta. Zakat harta yang menjadi fokus utama PPZ-MAIWP adalah zakat
pendapatan, zakat wang simpanan, zakat perniagaan, zakat emas, zakat
perak, zakat saham, zakat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
Amalan pengurusan PPZ-MAIWP adalah
berbentuk korporat yang diuruskan oleh Hartasuci Sdn Bhd iaitu anak
syarikat milik penuh MAIWP. Hartasuci Sdn Bhd diletakkan di bawah
Yayasan Taqwa Berhad yang dikawal MAIWP. Mulai 1 Januari 2006 Hartasuci
Sdn Bhd diletakkan terus di bawah MAIWP.
PPZ-MAIWP yang berteraskan kepada
memungut zakat harta di tiga wilayah utama iaitu di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Pengagihan zakat atau
program-program agihan kepada lapan asnaf yang layak menerima zakat
adalah di bawah Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan.
PPZ-MAIWP menjadi contoh organisasi
kutipan zakat di Malaysia kerana julung kali mula beroperasi menggunakan
teknologi komputer 16 tahun lalu. Kecekapan dan keberkesanannya
meningkatkan kutipan zakat dari tahun ke tahun serta bentuk pemasaran
yang agresif meningkatkan kesedaran masyarakat Islam untuk berzakat.
Baitulmal berjaya menjalankan pelbagai bentuk program dan mendirikan
beberapa pusat sosial, kebajikan dan pendidikan khususnya masyarakat
bandar hasil dari kutipan zakat yang meningkat setiap tahun.
Kerja Kosong Pusat Pungutan Zakat (PPZ)
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) seperti berikut:-
1. Eksekutif Audit - ICT
2. Kerani Pentadbiran
Kerja Kosong Pusat Pungutan Zakat (PPZ) - Eksekutif Audit, Kerani Pentadbiran