Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)- Jun 2014

Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)- Jun 2014

About Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) adalah satu entiti di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai aturcara dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.
Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

IKIM diterajui oleh lembaga pengarah yang terdiri daripada
  • Pengerusi: Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
  • Ketua Pengarah: Datuk Nik Mustapha bin Nik Hassan
Kerja Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) seperti berikut:-

1. Penolong Pegawai Tadbir ( Gred 27 )

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan cara memohon

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Institut Kefahaman Islam 2 Jalan Langgak Tunku
50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Malaysia

(u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan)

Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189

Tarikh Tutup Permohonan:- 06 Jun 2014