Jawatan Kosong  Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) - May 2014
About Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) 
 adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang 
dikendalikan oleh KIAS Darulnaim Sdn Bhd (KDSB) anak syarikat Yayasan 
Kelantan Darulnaim (YAKIN). 
Idea Penubuhan KIAS 
adalah merupakan salah satu inspirasi Kerajaan Negeri yang bercita-cita 
memusatkan Kelantan sebagai serambi perkembangan ilmu Islam terkenal di 
rantau ini khususnya menerusi penyediaan institusi-institusi pengajian 
dalam pelbagai jurusan. 
Penubuhan KIAS 
merupakan kesinambungan dari Pusat Pengajian Tinggi Islam (PPTIK) Nilam 
Puri yang telah ditubuhkan pada tahun 1965. Pusat ini kemudiannya 
dikenali dengan nama Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) 
sehinggalah pada 1 April 1981 YPTIK telah diambil alih oleh Universiti 
Malaya dan ditukar nama kepada Akademi Pengajian Islam Universiti 
Malaya. Usaha dan kesedaran peri pentingnya pengajian Islam tidak pernah
 luntur apabila sekali lagi Kerajaan Negeri melalui Yayasan Islam 
Kelantan (YIK) telah menubuhkan Maahad Ad-Dakwah Wal Imamah pada 1994 di
 mana idea penubuhannya dicetuskan oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul 
Aziz bin Nik Mat. 
Menyahut perkembangan 
pendidikan kontemporari yang kian pesat, Maahad Ad-Dakwah Wal Imamah 
dirangka semula dalam kombinasi yang lebih dinamik dengan penubuhan 
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) pada tanggal 24 Ogos
 1999 yang dirasmikan oleh KDYMM Al-sultan Kelantan. 
KIAS diawal operasinya 
menawarkan tiga program pengajian peringkat Diploma iaitu Diploma 
Al-syariah, Diploma Usuluddin dan Diploma Al-Dakwah Wal Qiadah. Walau 
bagaimanapun, mulai sesi 2002/2003 KIAS telah menambah program 
pengajiannya kepada dua peringkat Ijazah Sarjana Muda iaitu Sarjana Muda
 Al-Syariah dan Sarjana Muda Usuluddin (2+2) dengan Universiti al-Azhar,
 Mesir. Kemudian diubah kepada Ijazah Sarjana Muda Al-Syariah dan Ijazah
 Sarjana Muda Usuluddin (3+1) dengan Universiti al-Azhar, Mesir.
KIAS sentiasa berusaha 
untuk membuka ruang kepada para pelajar yang tidak mendapat tempat di 
mana-mana IPT samada IPTA atau IPTS dengan menawarkan beberapa program 
pengajian lagi pada tahun 2009 iaitu Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (4+0)
 dengan KUIN dan Ijazah Sarjana Muda Syariah (4+0) dengan KUIN 
seterusnya pada tahun 2010, KIAS menawarkan pula beberapa program di 
peringkat Diploma iaitu: Diploma Qiraat dan Tarannum, Diploma Tahfiz 
Al-Quran serta Diploma Kewangan Islam.
Untuk memberi ruang 
kepada pelajar-pelajar yang hanya mendapat 1 kredit di peringkat SPM, 
pihak KIAS menawarkan program Sijil Pengajian Islam setelah mendapat 
kelulusan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, lepasan 
daripada program Sijil Pengajian Islam ini layak untuk menyambung 
pengajian mereka di peringkat Diploma atau bagi mereka yang ingin terus 
bekerja selepas menamatkan pengajian di peringkat Sijil Pengajian Islam,
 mereka layak untuk ditawarkan SKIM gaji setara dengan lepasan STPM 
sebagaimana surat yang dikeluarkan oleh pihak JPA kepada pihak Kolej.
Sejak ditubuhkan 
sehingga kini, KIAS terus-menerus mengorak langkah dengan kemasukan 
pelajar dari seluruh Malaysia dan juga antarabangsa yang sentiasa 
meningkat dari setahun ke setahun serta dipayungi oleh barisan staf 
akademik yang berjumlah seramai 52 orang pendidik dan staf pentadbiran 
seramai 42 orang. Seramai 11 orang daripada barisan pensyarah adalah 
berkelulusan Doktor Falsafah, 21 orang berkelulusan Sarjana dan bakinya 
Sarjana Muda dalam pelbagai jurusan yang giat mendidik para pelajar KIAS
 yang menjangkau hampir 1000 orang pelajar. 
Source:  http://kias.edu.my
Jawatan Kosong Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) - 30 May 2014
Kolej
 Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) mempelawa permohonan 
daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan 
jawatan bertaraf tetap di KIAS. Jawatan adalah seperti berikut:-
Jawatan Kosong Terkini 2014 di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
Jawatan:
1. PEGAWAI EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT
2. PEMBANTU TADBIR
3. PEMANDU
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :
PENDAFTAR
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
KM 12, Jalan Kuala Krai
Peti Surat 68, Nilam Puri
15730 Kota Bharu
KELANTAN
i) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Sokongan 
ii) Taraf Jawatan : Tetap 
iii) Jadual Gaji : RM1168.75 – RM3198.75 
iv) Syarat
 Kelayakan :  Diploma dalam bidang Sains Komputer / Teknologi Maklumat 
daripada universiti-universiti tempatan dan luar negara atau kelayakan 
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
DAN 
b)
 Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada 
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
 dengannya oleh Kerajaan. 
i) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Sokongan 
ii) Taraf Jawatan : Tetap 
iii) Jadual Gaji : RM928.13 – RM2258.13 
iv) Syarat Kelayakan :  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
DAN 
b)  Lulus
 Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada 
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
 dengannya oleh Kerajaan. 
i) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Sokongan
ii) Taraf Jawatan : Tetap 
iii) Jadual Gaji : RM928.13 – RM2048.13 
iv) Syarat
 Kelayakan :  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf 
setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mempunyai lesen memandu PSV
DAN 
b)  Lulus
 Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada 
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
 dengannya oleh Kerajaan. 
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :
PENDAFTAR
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
KM 12, Jalan Kuala Krai
Peti Surat 68, Nilam Puri
15730 Kota Bharu
KELANTAN
Tarikh Tutup : 30 May 2014
