Jawatan Kosong Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)

Jawatan Kosong  Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)
 About  KIPSAS

Kewujudan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) adalah merupakan titik tolak pertama ke arah pembangunan dan kemajuan pendidikan tinggi Islam di negeri ini. Sejarahnya bermula pada 27 Ogos 1996 apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan idea penubuhannya. Buat permulaannya, KIPSAS menampung keperluan saluran pengajian tinggi bagi pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah agama negeri untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi. Pengambilan kumpulan pelajar pertama seramai 67 orang telah dimulakan sebaik sahaja menerima keputusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kolej yang cukup sinonim dengan KDYMM Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ini telah dirasmikan oleh Baginda pada 16 November 2000 bersamaan 19 Syaaban 1421H.  Sultan Pahang menjadi simbol dan lambang kegemilangan kolej ini di negeri Pahang.
Mulai April 1998 KIPSAS berdaftar sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi swasta tetapi bernaung sepenuhnya di bawah anak syarikat kerajaan negeri, Sistem Pendidikan Islam Pendidikan Sendirian Berhad (SPIPSB). Kolej yang menawarkan peluang pengajian peringkat diploma ini telah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1996. Ini bermakna kerajaan negeri memberikan komitmen yang padu terhadap KIPSAS terutama menerusi geran peruntukan tahunan. Kolej ini dibina di atas tanah seluas kira-kira 41 ekar melibatkan perbelanjaan sebanyak RM41 juta meliputi  bangunan pentadbiran, bangunan akademik, perpustakaan, blok-blok asrama pelajar, kafetaria, dewan besar, kompleks sukan, kediaman Presiden dan pensyarah/staf dan telah siap dibina pada Februari 2000. Seluas 600 ekar tanah juga telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri Pahang bagi menampung perkembangan pembangunan dan sebagai aset kepada KIPSAS.  Manakala terdapat sebuah masjid bernilai hampir RM10 juta sebagai mercu tanda kebanggaan kolej ini.
Tahun 2006 merupakan tahun kesepuluh penubuhan KIPSAS, dan ini menandakan sudah hampir sedekad kolej ini telah memacu kecemerlangan pendidikan tinggi Islam di negeri Pahang dan mengeluarkan sumber modal insan yang berkualiti dan bertepatan dengan aspirasi pasaran kerjaya.

Source:  http://www.kipsas.edu.my

Kerja Kosong Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) seperti berikut:-

1. Pensyarah DM41
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
3. Pembantu Tadbir N17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
KM 8, Jalan Gambang,
25150 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Tel: 09-591 5353 (Pejabat Am)
Fax: 09-536 4421

Tarikh Tutup Permohonan:- 30 Mei 2014