Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang
ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan
Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah
naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM
telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu,
iaitu YB Dato' Musa bin Hitam pada 22 April 1980.
Matlamat penubuhan MPM adalah untuk mengelolakan
peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau
bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu. Peperiksaan yang
diwartakan ialah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan
Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang
dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate
(UCLES).
Selepas pengambilalihan kedua-dua peperiksaan tersebut
oleh MPM, nama peperiksaan STP dan HSC telah ditukar kepada peperiksaan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Selain itu, penubuhan MPM
juga bertujuan untuk merealisasikan pengendalian peperiksaan tersebut
dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya. Hal ini bersesuaian dengan pelaksanaan
dasar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem
pendidikan negara dari peringkat pendidikan rendah hingga peringkat
pendidikan prauniversiti, iaitu tingkatan enam.
Sejak MPM
ditubuhkan, bidang tugas MPM yang pada mulanya hanya mengendalikan
peperiksaan STPM telah diperluas. Pada tahun 1999, MPM telah
dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Malaysian University English
Test (MUET). Ujian ini wajib diduduki oleh semua pelajar yang ingin
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Mulai
tahun 2003, MPM telah diamanahkan untuk mengendalikan peperiksaan
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi anggota perkhidmatan pelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM)
sehingga peperiksaan ini dimansuhkan pada 1 Januari 2011. Di samping
itu, MPM juga telah mengendalikan Malaysian Information Technology
Examination (MITPE) bagi pihak Multimedia Technology Enhancement
Operations Sdn. Bhd. (METEOR). Peperiksaan ini membolehkan para graduan
dan golongan profesional IT mendapat pengiktirafan dalam kemahiran IT di
seluruh dunia. Mulai tahun 2008, MPM mengelolakan ujian Malaysian
Educators Selection Inventory (MEdSI) bagi pihak Kementerian Pengajian
Tinggi. Ujian psikometri yang diadakan dua kali setahun ini bertujuan
untuk menilai sahsiah pelajar dan graduan yang ingin mengikuti program
pengajian pendidikan untuk menjadi pendidik. Mulai tahun 2009 pula, MPM
mengelolakan ujian Malaysian University Selection Yearly Inventory
(MUnSYI) bagi pihak Universiti Sains Malaysia. Pada tahun 2010, MPM
telah menandatangani memorandum perjanjian dengan Malaysian Financial
Planning Council (MFPC) untuk mengendalikan peperiksaan bagi pihaknya,
iaitu Shariah Registered Financial Planner, Shariah Registered Financial
Planner Capstone, dan Shariah Registered Financial Planner Ad-hoc, dan
Registered Financial Planner Capstone.
Source: http://www.mpm.edu.my
Source: http://www.mpm.edu.my
Jawatan Kosong Terkini 2014 di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Majlis Peperiksaan Malaysia ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
Jawatan Kosong Terkini 2014 di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Jawatan:-
1. PENOLONG PEGAWAI PEPERIKSAAN
2. PEMBANTU TADBIR [PERKERANIAN/OPERASI]
3. PEMANDU KENDERAAN
Tarikh Tutup : 14 May 2014
Kerja Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Terkini 2014
Makluamt Iklan dan Cara Memohon
Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - 14 May 2014