Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) merupakan anak syarikat milik
penuh Kerajaan Negeri Selangor dan telah diperbadankan pada 15 Oktober
1990 di bawah Akta Syarikat 1965. PNSB mula beroperasi
pada 1 Disember 1991. Modal dibenar adalah sebanyak RM100 juta manakala
modal berbayar adalah RM24 juta.
PNSB telah ditubuhkan untuk mengambilalih operasi
projek komersil Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Perbadanan) (PSKS)
atau SSI.
PNSB juga melaksanakan projek-projek pembangunan PNSB
sendiri yang melibatkan kepelbagaian aktiviti terutamanya pembangunan
hartanah dan lain-lain perkhidmatan seperti insuran
dan pengurusan hartanah (pertanian) adalah menerusi anak-anak
syarikatnya.
Jawatan Kosong Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) - 30 June 2014
Permodalan
Negeri Selangor Berhad telah berkembang dalam memenuhi cabaran dan
tuntutan ekonomi . Dalam usaha memperluaskan operasi perniagaan, PNSB
mementingkan tenaga kerja sebagai sebahagian tulang belakang untuk
mencapai misi dan visinya.
Jawatan Kosong Terkini 2014 di Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
Jawatan:
1. PENYAMBUT TETAMU CUM TELEFONIS
Kelayakan :
- SPM
- Umur tidak melebihi 25 tahun
- Perempuan sahaja
- Belum berkahwin
- Keutamaan anak kelahiran Selangor
- Berpewatakan menarik
- Pengalaman kerja adalah satu kelebihan
Sila emailkan RESUME kepada admin@pnsb.com.my / khalid@pnsb.com.my
Tarikh Tutup Permohonan : 30 June 2014
Source - Kerja Kosong di Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)