Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor - Closing Date 14 June 2014

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor - Closing Date 14 June 2014

 
 
About  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN Selangor)
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN Selangor) telah ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Bab 10 Fasal 97(9) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Tanggungjawab Suruhanjaya, sepertimana diperuntukkan dibawah Bab 10 Fasal XCVII (9) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 adalah seperti berikut:-

 
“Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedia ada dan kepada peruntukan- peruntukan Bahagian ini, maka adalah menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk melantik, mengesahkan dan memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."
 


Sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan memutuskan kes pelanggaran tatatertib dengan tujuan dikenakan hukuman turun pangkat atau buang kerja. Walau bagaimana pun, Suruhanjaya boleh menjatuhkan hukuman yang lebih ringan.

Sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan memutuskan kes rayuan di atas keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib di peringkat Daerah dan Jabatan Negeri dimana keputusan yang dibuat adalah muktamad. 
 
Source: http://spn.selangor.gov.my 
 

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor - 14 June 2014

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, terdiri daripada pemohon atau ibu/bapa pemohon yang dilahirkan di Negeri Selangor yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan seperti senarai di bawah.

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor

Jawatan:-

1. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H17

SYARAT:-

1.  Sebarang pertanyaan, sila klik : [DIREKTORI PEGAWAI]

2.  Bagi Pemohon, Ibu/Bapa bukan dilahirkan di Selangor, sila muat turun borang ini. : [BORANG PEMASTAUTIN]

3.  Pemohon yang mendapat KEPUJIAN di dalam subjek Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia adalah PALING SESUAI untuk lantikan ke jawatan ini.

4.  Borang yang telah LENGKAP diisi hendaklah DICETAK dan DIHANTAR kepada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor beserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan. : [SENARAI SEMAK DOKUMEN YANG PERLU DIHANTAR

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor.
Tingkat 1, Bangunan Darul Ehsan,
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tarikh tutup : 14 June 2014


Jawatan Kosong Terkini 2014 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor s

Muat Turun Iklan Jawatan

Pendaftaran Online

Tawaran Jawatan

Periksa Status Permohonan