Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - Closing Date 15 June 2014
Gagasan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah usaha kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam. Pengumuman awal cadangan penubuhan ini telah dibuat oleh Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996.
Pengumuman rasmi penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia telah dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Jun 1997, di Besut, Terengganu, setelah mendapat kelulusan Kabinet pada 11 Jun 1997.
Hasrat penubuhan ini adalah selaras dengan manifestasi Kerajaan untuk melahirkan pemimpin Islam yang berwibawa dan dapat memelihara kepentingan negara dan umat Islam sepenuhnya. Selain itu ia berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai model utama negara-negara Islam di dunia dan menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dengan menggunakan kurikulum tempatan untuk memastikan keutuhan Islam dalam negara demi merealisasikan pembinaan tamadun baru Islam. Ia juga bertujuan untuk mengembalikan ketokohan ilmu Islam yang semakin merosot.
Penubuhan KUIM juga memberi peluang kepada pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kementerian untuk mendalami ilmu agama tanpa perlu ke Asia Barat. Langkah ini akan mengurangkan beban kerajaan dalam menghantar pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kerajaan berhasrat untuk mempunyai pusat kecemerlangan untuk melahirkan ulama intelektual Islam.
Pada 13 Jun 1997 kabinet telah bersetuju dengan penubuhan KUIM yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantarnya dan diwartakan tahun berikutnya iaitu pada 12 Mac 1998. Antara tokoh yang mencetuskan idea dalam penubuhan KUIM adalah Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan disokong oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Kemudian idea ini dilaksanakan oleh Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor Haji Husin, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Prof. Madya Dr. Abdullah Mohamed Zin, pensyarah UKM dengan khidmat nasihat Exco Terengganu, Datuk Dr. Mohd Yusof Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdul Hamid Othman. Pelaksanaan operasi ini turut dibantu oleh Tuan Haji Addenan Abd Rahman sebagai Pendaftar dan Puan Hajah Rohani Abu sebagai Bendahari.
Pada awalnya KUIM dijangka beroperasi pada Mei 1998 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Petaling Jaya, Selangor, apabila UIA berpindah ke kampus tetapnya di Gombak. Disebabkan kemelesatan ekonomi pada tahun itu, operasi KUIM terpaksa ditangguhkan ke tahun berikutnya.
KUIM memulakan operasi awalnya di tingkat 5, Fakulti Pengajian Islam UKM dan pada bulan Januari tahun 2000. Satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai di antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan KUIM dan Institut Profesional Baitulmal (IPB). MoU itu ditandatangani Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdul Hamid Othman yang mewakili MAIWP, Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin mewakili KUIM manakala IPB diwakili pengerusinya Tan Sri Hanafiah Ahmad.
KUIM kemudiannya berpindah ke IPB di Kampung Pandan, Kuala Lumpur untuk pengambilan pelajar pertama sesi 2000/2001 seramai 255 orang. Pada peringkat awal, KUIM menawarkan tiga bidang pengajian iaitu Pengajian Syariah dan Kehakiman, Pengajian al-Quran dan al-Sunnah dan Pengajian Dakwah dan Pengurusan Islam di tiga fakulti; Fakulti Syariah dan Kehakiman, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dan Fakulti Dakwah dan Pengurusan Islam.
Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - 15 June 2014
Universiti Sains Islam Malaysia
sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta
Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang
berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:
Jawatan Kosong Terkini 2014 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Jawatan:-
1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FT29
2. PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
3. PEMBANTU TADBIR (PEKERANIAN/OPERASI) N17
4. PEMANDU KENDERAAN H11
5. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
2. PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
3. PEMBANTU TADBIR (PEKERANIAN/OPERASI) N17
4. PEMANDU KENDERAAN H11
5. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
Tarikh Tutup Iklan : 15 June 2014
Kerja Kosong Universiti dan Kolej 2014