Jawatan Kosong di Anak Syarikat PKENPs - Closing Date 30 July 2014

Jawatan Kosong di Anak Syarikat PKENPs - Closing Date 30 July 2014

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, yang dahulunya dikenali dengan nama Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis telah ditubuhkan menurut Enakmen Negeri Perlis Bil 6 pada tahun 1973 dan berkuatkuasa mulai 01 September, 1973.
Pada tahun 1973, Kerajaan Negeri melalui Ekankmen No. 3 Tahun 1984 telah membuat beberapa pindaan terhadap Enakmen Ibu (Enakmen Bil 6 Tahun 1973) yang melibatkan beberapa Seksyen (Seksyen 4, Seksyen 7, Seksyen 8, Seksyen 9 dan sebagainya) ini adalah bagi menyesuaikan dengan keadaan dan perkembanguan semasa.
Mulai 1 Mei 1985, Perbadanan telah ditukarkan ke nama baru seperti yang dikenali pada masa kini iaitu “PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS” ini berikutan selaras dengan fungsinya untuk Kemajuan Dalam Sektor Perekonomian di Negeri Perlis. Pertukaran nama ini telah diluluskan oleh Enakmen Negeri Perlis Bil. 7 Tahun 1985.
Pada tahun 1991, Kerajaan Negeri telah meluluskan satu lagi pindaan terhadap Enakmen Ibu dengan meminta Seksyen 18 untuk memperluaskan kuasa Perbadanan. Pindaan ini diluluskan oleh Enakmen Bil 2 Tahun 1991.
Di awal Penubuhannya Perbadanan yang diterajui oleh barisan Lembaga Pengarah yang terdiri daripada YAB Menteri Besar Perlis terdahulu iaitu Dato’ Jaafar Hassan serta Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri dan tampuk pemerintahan telah beralih kepada YAB Dato’ Ali bin Ahmad, YAB Dato Dr Abdul Hamid Pawanteh, YAB Dato Seri Sahidan bin Kassim dan akhir sekali pada masa ini Perbadanan dipengerusikan oleh Menteri Besar Perlis yang baru iaitu YAB Dato Seri Dr Mat Isa bin Sabu.
Perbadanan juga dikuatkan lagi dengan barisan Pengurus Besar terdahulu hingga kini yang mana masih mengekalkan peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip asal penubuhan Perbadanan.

Jawatan Kosong di Anak Syarikat PKENPs - Closing Date 30 July 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengisi jawatan di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis seperti berikut:

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Anak Syarikat PKENPs

Jawatan:-

1. PENGURUS HOTEL

Syarat-syarat Lantikan:-

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

- Warganegara Malaysia

- Berumur tidak kurang daripada 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Hospitaliti atau Pengurusan Hotel & Restaurant atau setaraf dengannya

- Lulus Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan ; dan

- Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan

- Berpengetahuan dalam bidang Teknologi Maklumat

- Boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu & Inggeris


Cara Mohon

Sila hantar /emailkan Surat Permohonan dan RESUME beserta sekeping gambar dan salinan sijil-sijil kepada:-

Pengurus Sumber Manusia
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
173-191, Taman Kemajuan
01000 Kangar, Perlis

Email : hr@pkenps.gov.my
Tel : 04-9761088
Fax : 04-9762181


Tarikh Tutup Permohonan : 30 July 2014
Hanya calon-calon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahgian Sumber Manusia PKENPs