Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) - Closing Date 1 Aug 2014
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.
Menurut kajian, KDYMM Sultan Muhammad Ke-IV mengampuni perkenan penubuhan MAIK setelah mendapat cadangan dan pandangan daripada tiga orang ulama dan cerdik pandai Melayu (inteligensia). Mereka ialah :
- Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail (Qadhi)
- Haji Muhammad bin Khatib Hj. Muhammad Said
- Haji Awang Muhd. Yusoff bin Ahmad (Tok Kenali)
Pada 24 Disember 1915 bersamaan 17 Safar 1334, MAIK dimasyurkan
penubuhannya oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke-IV dalam suatu istiadat
gilang gemilang di Pejabat Tanah lama Kota Bharu, di hadapan orang-orang
kenamaan negeri, dengan disaksikan oleh sebahagian besar rakyat
Kelantan.
Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) - Closing Date 1 Aug 2014
Permohonan
adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada
peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan seperti berikut :-
Jawatan Kosong Terkini 2014 di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Jawatan:-
1. PEGAWAI UNDANG- UNDANG GRED L41
2. PEGAWAI PENGANGKUTAN GRED A17
3. PEMBANTU OPERASI GRED N11
Tarikh Tutup : 01 Aug 2014
Muat Turun Borang Permohonan