Jawatan Kosong Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Closing Date 01 Ogos 2014

Jawatan Kosong Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Closing Date 01 Ogos 2014

Latar Belakang Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) telah ditubuhkan pada tahun 1934 yang diketuai oleh Dr. S.P. Lupprian.    Objektif JKNM ditubuhkan adalah untuk membekalkan suatu perkhidmatan kesihatan penggalakan, pencegahan dan rawatan asas kepada orang ramai terutama sekali penduduk luar bandar untuk membolehkan keseluruhan masyarakat memperolehi dan menikmati kemudahan-kemudahan kesihatan untuk menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam proses penukaran sikap ke arah mencapai taraf kesihatan yang baik dan mengelakkan daripada berlaku dan merebaknya penyakit serta menjauhkan mereka daripada bahaya-bahaya kesihatan yang boleh menjejaskan kehidupan ekonomi dan sosial mereka.
JKNM terbahagi kepada dua (2) perkhidmatan utama atau teras iaitu:-
  1. Bahagian Kesihatan Awam
    Objektif Bahagian ini adalah untuk mengekalkan serta meningkatkan taraf kesihatan individu, keluarga dan komuniti secara optima melalui promosi kesihatan, pencegahan, perawatan dan pemulihan khususnya di kalangan penduduk negeri Melaka
     
  2. Bahagian Perubatan
    Objektif Bahagian ini adalah untuk merancang, menyelaras, mengawas dan menilai pelaksanaan Program Rawatan Perubatan yang meliputi perkhidmatan diagnostik, rawatan pemulihan dan promosi kesihatan yang bersesuaian untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan mudah diperolehi oleh pesakit.
Jawatan Kosong Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (01 Ogos 2014)
24 Juli 2014 9:37

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka seperti berikut:-

1. Pembantu Awam Gred H11

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan cara memohon

Kepada sesiapa yang berminat, sila hantar permohonan ke alamat di bawah beserta resume bergambar, salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan dan surat iringan dengan menyatakan jawatan yang dipohon. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Unit Sumber Manusia,
Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri
Bahagian Pengurusan
Tingkat 4, Wisma Persekutuan
Jalan Business City, MITC
75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel : 06-2346753
(u/p : Pn. Nor Zaidah Binti Md. Galeh / Noor Azah binti Bahrin)

Tarikh Tutup Permohonan:- 01 Ogos 2014