Info Jawatan Kosong di Yayasan Terengganu Terbuka August 2014

 Info Jawatan Kosong di Yayasan Terengganu Terbuka August 2014

Yayasan Terengganu ditubuhkan pada 1 Mei 1972 di bawah Enakmen Terengganu Bil. 9 Tahun 1972 untuk membantu kerajaan memajukan industri Pendidikan di negeri ini sebagai wahana utama membangun modal insan.
Tujuan penubuhan ini termaktub dalam Enakmen berkenaan sebagai usaha untuk meningkat, memaju dan memperkembangkan peluang-peluang dan kemajuan-kemajuan pelajar rakyat negeri ini.
Hasrat penubuhan ini diterjemahkan kepada fungsi berikut:-
  1.            Menaja pelajar di institusi pengajian dan latihan kemahiran;
  2.            Membantu pelajar di peringkat persekolahan;
  3.            Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan serta latihan; dan
  4.            Menyelaras segala bentuk bantuan pelajaran kepada pelajar-pelajar Terengganu di semua peringkat pengajian.
Bagi mengurus perjalanan pentadbiran Yayasan Terengganu  mengikut apa yang digariskan dalam enakmen, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan melantik 11 orang ahli bagi menganggotai Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu di mana tiga (3) orang adalah merupakan ahli tetap dan lapan (8) orang ahli lain dilantik oleh Raja di dalam mesyuarat.

Jawatan Kosong di Yayasan Terengganu Terbuka August 2014

Yayasan Terengganu dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia keutamaan rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :


Jawatan Kosong Terkini 2014 di Yayasan Terengganu

Jawatan:-

1.  PEMBANTU GURU BAHASA ENGLISH/T-HELP

               (b) Taraf Jawatan   :  Kontrak (Contract For Service)

               (c) Elaun : RM2000.00 sebulan (Ijazah)

                    RM1500.00 sebulan

               (d) Penempatan : Sekolah Menengah terpilih di Terengganu


2. Syarat Lantikan

• Rakyat Negeri Terengganu
• Memiliki Ijazah dalam bidang TESL/TEFl/Bahasa Inggeris/ Komunikasi Bahasa Inggeris dari Institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

• Berumur antara 22 – 30 tahun, Pesara Guru Bahasa Inggeris juga boleh memohon

• Fasih dalam Bahasa Inggeris

• Memiliki personaliti yang ceria, penyabar dan kreatif

• Celik ICT

3. Deskripsi Tugas:

• Rancang dan laksana aktiviti berasaskan komunikasi seperti English In Camp, Short Drama, Spelling Bee dsb melalui Persatuan Bahasa Inggeris, sesi petang/ pagi / Sabtu / kelas ganti.

• Kendali klinik komunikasi Bahasa Inggeris secara kumpulan kecil pada waktu di luar waktu pembelajaran formal menggunakan modul-modul `Let’s Talk Basic Talk’ terbitan UMT.

• Sedia dan selenggara profil perkembangan murid dalam komunikasi Bahasa Inggeris

CATATAN AM

• Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;

• Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam (6) bulan selepas iklan jawatan yang tutup dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

       •   Permohonan dibuka sepanjang masa sehingga dimaklumkan tarikh tutup.

CARA MEMOHON

klik pautan di bawah