Jawatan Kosong di Jabatan Perhutanan Negeri Perak - Closing Date 30 September 2014

Jawatan Kosong di Jabatan Perhutanan Negeri Perak - Closing Date 30 September 2014

Pada asasnya, pentadbiran perhutanan telah diwujudkan di Negeri Perak Darul Ridzuan dalam tahun 1895, Struktur pentadbiran ini diperlengkapkan pada tahun 1895. Struktur pentadbiran ini diperlengkapkan pada tahun 1901 dengan diketuai oleh seorang Timbalan Pemelihara Hutan (Deputy Conservator of Forest). Pada tahun 1947, pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah diperkemaskan lagi dengan penwujudan jawatan Pengarah Perhutanan Negeri.

Struktur organisasi Jabatan Perhutanan Negeri Perak terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan; Bahagian Pembangunan Hutan dan Bahagian Operasi Hutan. Bagi melicinkan pentadbiran, Jabatan Perhutanan dibahagikan kepada lima(5) Daerah Pentadbiran Hutan yang setiap satunya diketuai oleh Pegawai Hutan Daerah (PHD). Di bawah setiap Pejabat Hutan Daerah ini pula terdapat beberapa Renj. Hutan.

Jawatan Kosong di Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja, layak memohon kekosongan jawatan di Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Jawatan:-

1. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN G27

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Keutamaan adalah Rakyat Negeri Perak;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sekurang-kurangnya Diploma Perhutanan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.

(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim
perkhidmatan ini.

(d) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tarikh tutup : 30 September 2014