Jawatan Kosong Di Perbadanan Aset Keretapi - Closing Date 29 September 2014

Jawatan Kosong Di Perbadanan Aset Keretapi - Closing Date 29 September 201

Perbadanan Aset Keretapi (PAK) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang diwujudkan di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463), berkuatkuasa pada 1hb. Ogos 1992, melalui Jilid 36 No.16 yang diwartakan pada 30hb Julai 1992.

PAK mula beroperasi secara rasmi sebagai sebuah organisasi pada 1hb. Oktober 1992. Serentak dengan penubuhan PAK, Keretapi Tanah Melayu, sebuah entiti awam yang telah wujud semenjak tahun 1894 telah dibubarkan serta dijadikan syarikat korporat yang dinamakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Pada masa yang sama, bagi mengawal selia perkhidmatan keretapi yang dijalankan oleh KTMB ini, Jabatan Keretapi turut ditubuhkan bagi memastikan perkhidmatan keretapi sentiasa berada di tahap yang selamat dan operator yang menyediakan perkhidmatan keretapi merupakan operator yang berlesen dan berkeupayaan.
Dengan pengkorporatan operasi perkeretapian ini maka tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada PAK adalah seperti berikut:
  1. Bertanggungjawab ke atas pengurusan aset dan tanggungan liabiliti Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan perletakhakan tanah keretapi milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan sebelum 1 Ogos 1992 kepada PAK;
  2. Melaksanakan tanggungjawab memaju dan memajukan semula infrastruktur keretapi; dan
  3. Membiayai pembangunan infrastruktur keretapi yang telah dipertanggungjawabkan melalui sumber-sumber yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti penyewaan dan pajakan tanah-tanah keretapi serta peruntukan dari Kerajaan.

Jawatan Kosong Di Perbadanan Aset Keretapi

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pebadanan Aset Keretapi sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) seperti berikut:-

Jawatan Kosong Terkini 2014 Di Perbadanan Aset Keretapi

Jawatan:-


1. IT PROGRAMMER

Kelayakan:-

• Degree/Diploma IT Programming/Software Development


2. IT TECHNICIAN

Kelayakan:-

• Degree/Diploma Networking



Cara Mohon:-

Sila Emailkan RESUME dan Jawatan yang di pohon ke career@rar.gov.my


Sebarang Pertayaan Boleh Hubungi:-

Perbadanan Aset Keretapi (Railway Assets Corporation)
No 29G, Blok B, Jalan TKS 1,
Kajang Sentral Business Park,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
No Telefon: 603-8733 2020
No Faks : 603-8733 2222 / 603-8733 6018
E-mel : admin@rac.gov.my

Tarikh tutup : 29 September 2014