Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) - Closing Date 6 October 2014


Negeri Perak merupakan salah sebuah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ("Federated Malay States") yang ditubuhkan menerusi Perjanjian Bersekutu ("Treaty of Federation") pada 1 Julai 1896. Pada ketika itu, Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan) telah ditubuhkan untuk membincangkan hal ehwal dan kepentingan bersama di antara Raja-Raja Melayu dengan Pemerintahan British. Negeri Perak menjadi tuan rumah kepada mesyuarat pertama Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar, yang telah diadakan pada 13 hingga 17 Julai 1897 bertempat di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.
Sebagaimana yang telah dipersetujui dengan pihak British, bermula daripada Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, hinggalah kepada penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, suatu ketetapan telah disepakati secara bersama, bahawa, segala perkara berhubung hal ehwal Agama Islam ("Islamic Affair") dan Adat Melayu ("Malay Custom") hendaklah berada di bawah bidang kuasa Raja Melayu. Justeru, Ketua Agama Islam dan Adat Melayu yang berkuasa penuh di Negeri Perak pada zaman itu, ialah Duli Yang Maha Sultan. Amalan ini dikekalkan hingga ke hari ini.

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) - Closing Date  6 October 2014

Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan kosong seperti berikut:-

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)

Jawatan:-

1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (GURU AL-QURAN) S27

2. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (GURU AL-QURAN) S17

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17

4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17

5. PEMBANTU AM PEJABAT N11


Tarikh Tutup : 06 October 2014


Muat Turun Iklan dan Syarat Kelayakan

Muat Turun Borang Permohonan