Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) - Mei 2014

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) - Mei 2014


Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) - Mei 2014
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penubuhannya adalah bagi menjaga hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelum itu diletakkan di bawah kerajaan negeri Selangor. MAIWP selepas itu turut bertanggungjawab menguruskan hal ehwal umat Islam di Labuan dan Putrajaya setelah kedua-duanya diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan masing-masing pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001. Penubuhan MAIWP dinyatakan melalui peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993


OBJEKTIF
Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang dinamis dan progresif yang sentiasa mencari keredhaan Allah. Memupuk keimanan dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah di kalangan orang-orang Islam di Wilayah Persekutuan khasnya dan Malaysia amnya bagi mencapai perpaduan ummah. Memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat Islam. Melaksanakan usaha-usaha menambah harta MAIWP melalui pelaburan dan usaha-usaha halal yang lain bagi faedah umat.

VISI
Peneraju dalam pembangunan dan kesejahteraan ummah

MISI
Merealisasikan agenda pembangunan ummah secara terancang dan menyeluruh

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) seperti berikut:-

1. Pegawai Tadbir Gred N41
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
3. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27
4. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
5. Penolong Akauntan Gred W27
6. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27
7. Pembantu Hal Ehwal Islam (Guru Tadika) Gred S17
8. Pembantu Tadbir (Pentadbiran dan Operasi) Gred N17
9. Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W17
10. Juruteknik Komputer Gred FT17
11. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17
12. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17
13. Pembantu Operasi Gred N11
14. Pengawal Keselamatan Gred KP11 / KP14
15. Pemandu Kenderaan Gred H11

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
ARAS 1, BANGUNAN PERKIM
NO. 150, JALAN IPOH
51200 KUALA LUMPUR

Tarikh Tutup Permohonan:- 12 Mei 2014
Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) - Mei 2014