Jawatan Kosong Penolong Arkitek Landskap Majlis Daerah Pontian - 7 Mei 2014

Jawatan Kosong  Penolong Arkitek Landskap Majlis Daerah Pontian - 7 Mei 2014
 Jawatan Kosong  Penolong Arkitek Landskap Majlis Daerah Pontian - 7 Mei 2014
Majlis Daerah Pontian telah ditubuhkan pada 01hb November, 1976 di bawah Akta 124 (Akta Sementara) yang kemudiannya diistiharkan sebagai Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pentadbiran Majlis ini merangkumi kawasan seluas 1080 hektar meliputi Bandar Pontian, Pekan Nanas, Benut, Permas dan Ayer Baloi. Sebelum tertubuhnya Majlis Daerah Pontian, Bandar Pontian ditadbirkan oleh Majlis Bandaran Pontian, sementara Cawangan Pekan Nanas, Benut, Ayer Baloi dan Permas ditadbirkan oleh Majlis Tempatan masing-masing. Sejak penubuhan Majlis Daerah Pontian ini, tiga buah Majlis Tempatan iaitu Majlis Tempatan Pekan Nanas, Majlis Tempatan Benut dan Majlis Tempatan Ayer Baloi dan Majlis Bandaran Pontian telah dimansuhkan dan pentadbirannya diambilalih oleh Majlis Daerah Pontian.

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pontian - 7 Mei 2014

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Pontian
▶ Penolong Arkitek Landskap
Cara Memohon (Klik untuk memohon)

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Daerah Pontian yang dikenakan bayaran RM 1.00 (Ringgit Malaysia : Satu sahaja) yang boleh didapati dengan menggunakan sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem 80 sen atau mengambilnya sendiri seterusnya menghantar permohonan tersebut ke alamat:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH PONTIAN,
ARAS 1,BLOK A,
JALAN ALSAGOFF,
82000 PONTIAN,JOHOR

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat. Maklumat lanjut jawatan kosong Majlis Daerah Pontian boleh didapati disini.
Tarikh tutup permohonan adalah pada : 7 Mei 2014

 Jawatan Kosong  Penolong Arkitek Landskap Majlis Daerah Pontian - 7 Mei 2014