Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) - May 2014

Jawatan Kosong  Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) - May 2014
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu.

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) seperti berikut:-

1. Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA36
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
4. Pembantu Kesihatan Awam Gred U17
5. Pembantu Kemahiran Gred H17
6. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17
7. Pembantu Awam Gred H11
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU
(Bahagian Khidmat Pengurusan)

Tarikh Tutup Permohonan:- 29 Mei 2014

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)