Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru
Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di
kalangan Bumiputera, dan memberi peluang kepada golongan profesional
Bumiputera yang berkelayakan untuk menyertai pewujudan dan pengurusan
harta. PNB telah menjadi sebuah institusi pelaburan terkemuka negara.
Sebagai sebuah entiti pelaburan bagi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB),
fungsi teras PNB adalah untuk menilai, memilih dan memperoleh portfolio
saham-saham kukuh dalam syarikat-syarikat berhad yang mempunyai potensi
pertumbuhan. Sebagai sebuah organisasi yang mengkhususkan dalam bidang
pelaburan, PNB pada dasarnya bertindak sebagai gudang di mana pemilikan
saham di dalam syarikat-syarikat berhad ini ditempatkan dalam dana
amanah dan dijual kepada pemegang unit dalam bentuk unit-unit yang lebih
kecil.
Daripada skim unit amanahnya yang
pertama iaitu Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) yang dilancarkan pada 20
April 1981, sehinggalah produk terbarunya iaitu Amanah Saham Bumiputera
2 (ASB 2) yang dilancarkan pada 2 April 2014, PNB melalui anak syarikat
milik penuhnya, Amanah Saham Nasional Berhad, telah memainkan peranan
penting dalam membawa anjakan paradigma dan merubah pemikiran rakyat
Malaysia terutamanya masyarakat Bumiputera dalam aspek simpanan,
pelaburan dan perancangan kewangan serta cara mereka menilai risiko dan
pulangan dalam pelaburan. Sambutan luar biasa rakyat Malaysia daripada
setiap lapisan masyarakat dan taraf pendapatan terhadap unit saham
amanah PNB membuktikan keupayaan PNB untuk menggembleng lebih daripada
11.6 juta pemegang akaun setakat kini.
Dengan wang dijana daripada pelabur, PNB telah memperoleh
banyak syarikat besar dan strategik, dan kebanyakan syarikat-syarikat
ini adalah peneraju industri dalam bidang masing-masing seperti
kewangan, insurans, perladangan, hartanah, automatif, logistik,
infrastruktur, farmasi dan kimia. Bagi meningkatkan lagi nilai
pelaburan, PNB melakukan beberapa siri aktiviti korporat, di mana
syarikat di bawah portfolio PNB disusun semula, digabung dan diambil
alih bagi meningkatkan keberkesanan operasi dan mencapai manfaat
sinergi, lantas membolehkan PNB mencapai matlamat untuk pulangan yang
konsisten.
Jawatan Kosong Permodalan Nasional Berhad (PNB) - 20 July 2014
PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) is one of the region’s leading investment institutions. We have extensive investments covering every major component of the Malaysian economy and also substantial holdings in companies involved in main sectors of the economy such as finance, plantations, property, automotive, engineering, logistics and infrastructure, pharmaceutical and fertilizers.
Position:-
1. Human Resource Manager
Closing date : 20 July 2014
2. Chargeman
Closing date : 26 June 2014
Kerja Kosong Permodalan Nasional Berhad (PNB)