Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia (UUM) - Closing Date 13 July 2014

Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia (UUM) - Closing Date 13 July 2014


Universiti Utara Malaysia (UUM) was established on 16 February 1984 under the Universiti Utara Malaysia 1984 Order (Statutory). The university was corporatised on 23 April 1998. The university is located in Sintok, Kedah. The university was established with the specific mission of providing a leadership role for management education in the country. Thus, the university is also known as a management university.

Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia (UUM) - 13 July 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Universiti Utara Malaysia (UUM)

Jawatan:-

1. AHLI MUZIK GRED B27

2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S27



1.  AHLI MUZIK GRED B27 (1 KEKOSONGAN – TETAP)

   Syarat Kelayakan:-

 Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B27: RM1,368.00); ATAU         

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B27: RM1,368.00); ATAU

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B27: RM1,368.00); ATAU

Diploma dalam bidang seni muzik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B27: RM1,668.78); DAN

Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (bagi calon yang mewakili kelayakan di perenggan ii, iii dan iv sahaja).


2.  PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S27 (1 KEKOSONGAN – TETAP)

Syarat Kelayakan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab;
 (Gaji permulaan ialah pada Gred S27 :RM1,362.00); ATAU

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27 :RM1,362.00); ATAU

Syahadah Institut Tahfiz dan Latihan Al-Quran daripada Maahad Tahfiz Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27 :RM1,661.95); ATAU

Diploma dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27 :RM1,661.95); DAN

Lulus  Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON

Permohonan jawatan kosong dan maklumat  terperinci mengenai semua jawatan di atas beserta syarat-syarat kelayakan boleh dicapai melalui pautan laman sesawang http://perjawatan.uum.edu.my

Tarikh tutup permohonan    :  13 July 2014 (AHAD)


Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM)

Maklumat Iklan Lanjut

Mohon Secara Online