Jawatan Kosong Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - Closing Date 27 June 2014

Jawatan Kosong Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - Closing Date 27 June 2014
About Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan pelbagai peluang unik kepada pelajar untuk kecemerlangan akademik serta perkembangan kerjaya dan individu. Universiti ini komited terhadap pendekatan yang menyeluruh dan komprehensif dalam menawarkan program-program pendidikan tinggi dan menganggap menimba ilmu itu sebagai satu ibadah. Dengan menggabungkan sumber ilmu wahyu ke dalam kurikulum sains dan sastera, UIAM dapat menyumbang kepada tradisi keintelektualan dan juga peningkatan jatidiri di dalam masyarakat. 

UIAM menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam program pengajian serta di dalam operasi hariannya manakala Bahasa Arab pula digunakan di dalam program Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Sains Kemanusiaan (Kesusasteraan Bahasa Arab) dan Undang-Undang (Shari'ah). Penggunaan dua bahasa ini menggambarkan salah satu daripada misi universiti iaitu keantarabangsaan.

FALSAFAH,  MISI DAN VISI UNIVERSITI
Falsafah UIAM telah diilhamkan dari saranan yang dibuat di Konvensyen Pendidikan Muslim Sedunia yang pertama di Makkah dalam tahun 1398H (1977) berdasarkan kepada ayat al-Qur'an, khususnya ayat 1-5 dari surah Al-'Alaq, di mana ilmu pengetahuan hendaklah disebarkan dalam semangat Tauhid yang membawa kepada pengakuan bahawa Allah itu Esa, Pencipta dan Tuhan sekalian alam. Kesemua cabang ilmu pengetahuan hendaklah menuju ke arah pengabdian kepada kebenaran, ini kerana ilmu itu amanah dari Allah kepada manusia dan manusia hendaklah mempergunakannya sepertimana yang dikehendakiNya dalam menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini. Dengan cara ini, menuntut ilmu itu dianggap sebagai ibadah.
UIAM meletakkan visinya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan antarabangsa dalam penyepaduan ilmu pengetahuan Islam di dalam semua disiplin dan mengembalikan peranan umat Islam dalam semua cabang ilmu pengetahuan. Visi ini diusahakan menerusi empat (4) aspek penekanan melalui misi universiti iaitu Integrasi, Islamisasi, Keantarabangsaan dan Kecemerlangan Menyeluruh. 

Kerja Kosong Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) seperti berikut:-

1. PROFESSOR, ASSOCIATE PROFESSOR, ASSISTANT PROFESSOR
2. PHYSIOTHERAPIST U-29
3. PHARMACY ASSISTANT U-29
4. MEDICAL OFFICER UD-41
5. PUBLIC HEALTH ATTENDANT U-3
6. ASSISTANT INFORMATION SYSTEM OFFICER F-29
7. MATRICULATION TEACHER / MATRICULATION LECTURER
8. ADMINISTRATIVE OFFICER N-41
9. ASSISTANT ADMINISTRATIVE OFFICER N-27
10. ASSISTANT SCIENCE OFFICER C-27
11. RELIGIOUS ASSISTANT S-17
12. ASSISTANT MEDICAL OFFICER U-29
13. MEDICAL LABORATORY TECHNOLOGIST U-29
14. SCIENCE OFFICER C-41
15. LIBRARY ASSISTANT S-17
16. SPORTS OFFICER S-41
17. ASSISTANT ACCOUNTANT W-27
18. ACCOUNTING ASSISTANT W-17
19. ACCOUNTANT W-41
20. NURSE U-29
21. ADMINISTRATIVE ASSISTANT (CLERICAL / OPERATION) N-17
22. OFFICE SECRETARY N-27

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan permohonan online

International Islamic University Malaysia,
P.O. Box 10, 50728 Kuala Lumpur

Phone: (+603) 6196 4000
Fax: (+603) 6196 4053
Email: webmaster@iium.edu.my

Tarikh Tutup Permohonan:- 27 Jun 2014