Kerja Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - Closing Date 19 Jun 2014

Kerja Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  - Closing Date 19 Jun 2014

Profil DBKL

Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan.
Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.

Tan Sri Dato' Lokman Yusof bekas Pesuruhjaya Ibu Kota telah dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama. Beliau meninggal dunia pada 15.5.1972. Tan Sri Yaakob Latiff telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kedua selama 10 tahun. Beliau telah digantikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ketiga iaitu Tan Sri Dato' Elyas Omar pada 1.2.1981.




Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keempat ialah Dato' Dr. Mazlan Ahmad yang telah dilantik pada 17.11.1992. Tan Sri Dato’ Kamaruzzaman Shariff, Datuk Bandar Kuala Lumpur kelima, dilantik sebagai Datuk Bandar pada 14.12.1995 hingga 13.12.2001. Beliau diganti oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keenam iaitu Kol. Datuk Hj. Mohmad Shaid b. Mohd Taufek yang dilantik pada 14.12.2001. Kemudian, daripada 14.12.2004 sehinggalah 13.12.2006, jawatan Datuk Bandar yang ketujuh telah disandang oleh Dato' Hj. Ruslin bin Hj. Hasan.

Bermula dari 14.12.2006 hingga 13.12.2008, jawatan Datuk Bandar yang kelapan telah disandang oleh Datuk Seri AB Hakim bin Borhan. Beliau diganti oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kesembilan iaitu Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail yang dilantik pada 14.12.2008. Kini, jawatan Datuk Bandar kesepuluh pula disandang oleh Datuk Seri Hj. Ahmad Phesal bin Hj. Talib yang memulakan tugasannya pada 18.7.2012.

Kerja Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti berikut:-

1. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N 17
2. PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP 17
3. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP 11

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan cara memohon

SATU UJIAN LASAK TERBUKA AKAN DIADAKAN PADA TARIKH DAN TEMPAT BERIKUT :-

TARIKH : 19 JUN 2014 (KHAMIS)
MASA PENDAFTARAN : 8.30 PAGI – 10.30 PAGI
TEMPAT :
STADIUM TITIWANGSA
TAMAN TASIK TITIWANGSA
JALAN TEMBELING
53200 KUALA LUMPUR

Tarikh Tutup Permohonan:- 19 Jun 2014