Petaling Jaya telahpun mencapai kejayaan yang cemerlang, sesuai dengan nama
‘JAYA' dan sentiasa sibuk dengan aktiviti-aktiviti serta megah dengan
kejayaannya. Petaling Jaya telah menjadi sebuah kawasan perindustrian
yang terkemuka di dalam negara dan membangun dengan caranya yang
tersendiri.Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran Petaling Jaya telah dinaikkan tarafnya
kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan
Akta Kerajaan Tempatan 1976 oleh kerajaan. Kawasan SS (seksyen bernombor
di daerah Sg Way / Subang) bersama-sama dengan kawasan baru seperti
Subang Jaya, Seksyen 52 (Newtown) telah disatukan untuk membentuk satu
perbandaran tunggal di bawah MPPJ.Daripada
sebuah bandar yang dirancang sebagai Bandar Kecil bagi menampung
kesesakan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya telah menjadi satu Bandar yang
Maju. Di dalam mengejar arus pemodenan dan pembangunan pada masa itu,
penduduk telah mengambil bahagian dalam perdagangan dan perusahaan bagi
meningkatkan taraf hidup mereka.
Info Kerja Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - 22 Julai 2014
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) seperti berikut:-
1. Penolong Pustakawan
2. Penolong Pegawai Tadbir
3. Artis Budaya
4. Penolong Pegawai Penguat Kuasa
5. Pembantu Tadbir
6. Pembantu Kemahiran
7. Pembantu Awam
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
PERMOHONAN ONLINE
Sebarang pertanyaan:-
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Jalan Yong Shook Lin
46675 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-79563544 Faks : 03-79581494
Tarikh Tutup Permohonan:- 22 Julai 2014