Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Terengganu - Closing Date 3 Augt 2014

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Terengganu - Closing Date 3 Augt 2014


Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR) telah ditubuhkan pada 10 Ogos 1959 di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959
  1. 1. Di bawah Perkara 56 (9) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Yang Pertama)(Pindaan)Tahun 1956, Suruhanjaya bertanggungjawab terhadap perlantikan,  pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan menjalankan kawalan tatatertib anggota perkhidmatan yang di bawah bidangkuasanya.
  2. 2. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu juga berfungsi sebagai:
    i. Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu
    ii. Lembaga rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu
    iii. Pihak Berkuasa Tatatertib terhadap pegawai yang memegang atau memangku jawatan  Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri.
    iv. Berkuasa untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi danKumpulan Pengurusan dan Profesional.

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Terengganu - Closing Date 3 Augt 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT)

 Jawatan:-

1.  JURUTERA (KONTRAK) J41

Syarat Kelayakan:-

a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

b)Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Keutamaan akan diberi kepada mereka yang mempunyai pengalaman dalam bidang projek bekalan air); dan

Lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia


2. PEMBANTU PENGUATKUASA (KONTRAK)

Syarat Kelayakan:-

a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
Memenuhi syarat ukuran fizikal dan pancaindera yang ditetapkan; dan Lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; atau Bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan akan diberi keutamaan.


CARA-CARA MEMOHON

a) Pemohon hendaklah mengemukakan surat bertulis (resume)

b) Setiap permohonan hendaklah lengkap dengan disertakan dokumen yang diperakui sah sebagai salinan sebenar seperti berikut :-

i) Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan;
ii) Kelulusan Pelajaran;
iii) Lesen memandu kelas D (bagi jawatan Pembantu Penguatkuasa sahaja)
iv) Lain-lain sijil dan dokumen yang berkaitan, jika ada.

Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggapkan mereka tidak berjaya.
Setiap permohonan hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat dan alamatkan kepada :

YB Setiausaha Kerajaan Terengganu 
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 
Tingkat 8, Wisma Darul Iman 
20503 Kuala Terengganu.

Tarikh Tutup : 03 Augt 2014