Jawatan kosong di Majlis Daerah Yan (MDYan) Closing September 2014.

Jawatan kosong di Majlis Daerah Yan (MDYan) Closing September 2014.

Daerah Yan adalah sebuah daerah yang unik dalam negeri Kedah. Alam semulajadi yang mencakupi banjaran Gunung Jerai yang menganjur ke kawasan laut di Tanjung Jaga dan Selat Melaka.

Mengikut sejarah sebutan Yan diambil daripada penghujung perkataan " Sendayan" iaitu sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di sini suatu ketika dahulu. Tetapi ada kalangan yang menyanggah pendapat itu mengatakan sebutan Yan adalah singkatan dari perkataan buah " Durian ". Bagaimanapun Daerah Yan mencatat sejarahnya tersendiri.

Beberapa tempat dalam daerah ini terdapat kelompok berketurunan Acheh. Sehingga terdapat sebuah perkampungan yang dikenali " Kampung Acheh " jaraknya 2 kilometer dari Bandar Yan. Perpindahan beramai-ramai rakyat Acheh ke sini boleh diramalkan berdasarkan beberapa fakta sejarah.

Daerah Yan dibuka secara rasmi pada 1904 bersamaan 1324 Hijrah, ketika itu Kawasan Yan ditadbir oleh seorang bangsawan bernama Syed Othman Al-Qadri yang dianugerahkan oleh KBDYMM Tuanku Sultan Kedah. Tugas utamanya ialah memungut cukai dan mentadbir Daerah sehinggalah berlakunya campurtangan Inggeris yang telahpun melantik seorang Pegawai Pentadbir yang baru bernama Tengku Mansur Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid yang berperanan menjadi Hakim, Pemungut Cukai Tanah dan Hasil Perdagangan. Bagaimanapun, Pegawai Daerah Yan pertama mentadbir Daerah secara rasmi ialah Dato' Indera Segara Madi.

Jawatan kosong di Majlis Daerah Yan (MDYan) Closing September 2014.
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Yan (MDYan) sebagai:

1. Penolong Jurutera JA29

Tarikh tutup permohonan pada 18 September 2014
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan


Cara Memohon
a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MDY/2014 yang boleh didapati sendiri di Bahagian Sumber Manusia dengan bayaran RM3.00 atau memohon secara pos dengan menyertakan sampul surat beralamat sendiri berukuran 11 sm x 25 sm dan bersetem beserta kiriman wang pos RM3.00.
(b) Salinan Sijil yang berkaitan hendaklah diakui sah dan disertakan bersama borang Permohonan, Bagi Kakitangan dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun Dan Penguasa Tempatan hendaklah
mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama Laporan Sulit Khas dan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan di beri pertimbangan.

(c) Permohonan berikut akan DITOLAK
i. tidak disertakan dokumen yang diperlukan ;
ii. tidak lengkap dan tidak terang ;
iii. borang tidak ditandatangani ; dan
iv. tidak disertakan gambar.

Alamat permohonan dan tarikh iklan ditutup

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH YAN
06900 YAN
KEDAH DARUL AMAN.

Tarikh tutup permohonan : 18 September 2014

Muat turun iklan jawatan dan syarat kelayakan disini