Jawatan Kosong Majlis Daerah Bandar Baharu - Closing Date 25 September 2014


Jawatan Kosong di Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) - Closing Date 25 September 2014

 

Majlis Daerah Bandar Baharu merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diberi kuasa di bawah Kuasa Undang-Undang Kerajaan Tempatan Akta 124 (Peruntukan Sementara) bagi kawasan pentadbirannya. Majlis Daerah Bandar Baharu meliputi keseluruhan kawasan Daerah Bandar Baharu, ianya merangkumi kawasan seluas 269.3km persegi dan terdiri daripada tujuh mukim iaitu Serdang, Kuala Selama, Sungai Batu, Bagan Samak, Permatang Pasir, Sungai Kecil Ilir dan Relau.

Kawasan Majlis Daerah Bandar Baharu terletak di bahagian selatan Negeri Kedah Darul Aman, bersempadan dengan Daerah Kulim di sebelah Utara, Pulau Pinang di sebelah Barat dan Perak di sebelah Selatan.

Di kawasan Majlis Daerah Bandar Baharu, sebanyak sembilan pertempatan dikenalpasti iaitu Bandar Baharu, Serdang, Selama, Lubuk Buntar, Bagan Samak, Sungai Kechil Ilir, Relau, Air Putih dan Permatang Kerat Telunjuk sebagai kawasan yang akan membangun dengan lebih pesat berbanding kawasan lain. Kesemua kawasan ini berkeluasan 2,518.1 hektar.

Seluas 300.0 hektar (11.9%) daripada kawasan pertempatan tersebut merupakan kawasan operasi semasa Majlis Daerah Bandar Baharu diwartakan pada 1 hb Mac 1979 mengikut peruntukan Akta 171.

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) - Closing Date 25 September 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Kedah Darul Aman) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) sebagaimana di bawah:-

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB)

Jawatan:-

1. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29


Sebelum atau pada : 25 September 2014