Jawatan kosong di Institut Integriti Malaysia (IIM) Closing November 2014

Jawatan kosong di Institut Integriti Malaysia (IIM) Closing November 2014 
 
Sektor Awam berperanan untuk menjalankan program dan aktiviti ke arah meningkatkan integriti anggota perkhidmatan awam di peringkat persekutuan dan peringkat negeri dan seterusnya mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan di negara ini.  Sistem penyampaian yang baik sewajarnya memenuhi ciri-ciri seperti cekap, cepat, tepat, keberkesanan kos dan disampaikan dengan berintegriti.  Transformasi nilai dan integriti anggota perkhidmatan awam amat diperlukan kerana mereka merupakan sektor perkhidmatan terbesar di Malaysia yang memainkan peranan utama dalam pembangunan negara.

Visi
Membentuk anggota perkhidmatan awam yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Misi
Merancang dan menggerak strategi dan program pengukuhan etika dan integriti anggota perkhidmatan awam Malaysia secara berkesan dan menyeluruh.

Jawatan kosong terkini di Institut Integriti Malaysia (IIM) November 2014. 

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai:

1. Penolong Pengarah (Sektor Awam)

Tarikh tutup permohonan pada 10 November 2014
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan


CARA MEMOHON :-
a) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang IIM-AD15 yang boleh diperoleh secara percuma daripada Institut Integriti Malaysia (IIM) atau MUAT TURUN PADA LINK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN DIBAWAH.
 
b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil/dokumen berkaitan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan).
 
c) Semua permohonan hendaklah dihantar ke alamat :

Presiden, Institut Integriti Malaysia (IIM),
Menara Integriti, Persiaran Duta off Jalan Duta,
50480 Kuala Lumpur.
(u.p: Unit Sumber Manusia).
 
d) Sila tuliskan Nama Jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat permohonan.
 
e) Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 November 2014.
 
CATATAN :-
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan tidak berjaya.


Muat turun iklan jawatan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini