Jawatan Kosong di UiTM Kedah - Closing Date 22 Oktober 2014

Jawatan Kosong di UiTM Kedah - Closing Date 22 Oktober 2014

 

Universiti Teknologi MARA is a public university with its main campus located in Shah Alam, Selangor, Malaysia.
The Shah Alam campus is the flagship institution of the Universiti Teknologi MARA System, the largest university in Malaysia in terms of size and student enrollment and the only public university carrying out intakes twice a year.
The university faculties comprise 4,000 academics, scholars and researchers. The university has expanded nationwide with four satellite campuses, 12 branch campuses, nine city campuses and 21 affiliated colleges. With this network and over 17,000 staff, the university offers more than 300 academic programmes. It is home to some 172,000 students: bumiputeras and international students.The teaching is fully conducted in English.

Jawatan Kosong di UiTM Kedah - Closing Date 22 Oktober 2014

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Cawangan Kedah bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.


Jawatan Kosong Terkini 2014 di UiTM Kedah

Jawatan :-

1. PEMANDU H11 


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(ii) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];

(iii) Berkebolehan memandu, mengendalikan dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang
diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

• Lesen D - RM 896.15

• Lesen E/E1/E2 - RM 942.30

• Lesen F/H -RM 988.45

• Lesen G/I - RM 1,034.60


(d) Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(e) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai lesen PSV dan GDL.


PERHATIAN KEPADA PEMOHON

(a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan‐Badan
Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod
perkhidmatan yang dikemaskini.

(b) Hanya permohonan yang ditapis‐senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang
dipanggil TEMUDUGA SAHAJA perlu membawa dokumen‐dokumen asal dan salinan sijil‐sijil
yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk
diserahkan kepada setiausaha temuduga.

(c) Pemohon‐pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas enam (6)
bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
(d) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.


CARA- CARA MEMBUAT PERMOHONAN

(a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM yang boleh didapati sendiri
di pejabat Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Kedah.

(b) Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon disebelah
kiri (atas) sampul surat.

(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Rabu, 22 Oktober 2014.

(d) Sila kemukakan permohonan kepada :

 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UiTM CAWANGAN KEDAH
08400, MERBOK
KEDAH DARUL AMAN

NO. TEL: 04-4562053/ 2056/ 2059