Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM) - Closing 17 November 2014


Universiti Utara Malaysia (UUM) was established on 16 February 1984 under the Universiti Utara Malaysia 1984 Order (Statutory). The university was corporatised on 23 April 1998. The university is located in Sintok, Kedah. The university was established with the specific mission of providing a leadership role for management education in the country. Thus, the university is also known as a management university.

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Universiti Utara Malaysia (UUM)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.


Jawatan:-


1. PEMBANTU TADBIR (PEPERIKSAAN) GRED N17

Universiti Utara Malaysia

Pelaksana Berkelayakan SPM

Pentadbiran dan Sokongan (N)

    Jadual Gaji    :    RM54.00 sehari

Syarat Lantikan :

i)    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN

ii)     Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Taraf Jawatan    :    Sambilan

Fungsi Bidang Tugas :

Umum

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi).

Khas

Membantu Ketua Pengawas dan Pengawas dalam pengendlian peperiksaan dan bertanggungjawab secara terus kepada Ketua Pengawas dan Pengawas  dalam urusan pengendalian peperiksaan.


TEMPOH PERKHIDMATAN

Mulai 15 Disember 2014 hingga 21 Januari 2015.

Nota:

Keutamaan diberikan kepada calon:

1.    Tinggal berdekatan dengan kampus UUM (Sintok); DAN

2.    Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; DAN

3.    Kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.


CARA MEMOHON

Permohonan jawatan kosong  boleh dicapai melalui pautan laman sesawang http://perjawatan.uum.edu.my

Tarikh tutup permohonan    :  17 November 2014 (Isnin)


CATATAN TAMBAHAN

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga.

Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap Tidak Berjaya.

Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temuduga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh

Universiti Utara Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar, Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 3114/3113
Faks: 04-928 3120

Tarikh tutup permohonan    :  17 November 2014