Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - Closing Date 20 November 2014

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - Closing Date 20 November 2014

Sejarah perkembangan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada tahun 1933 apabila Jabatan Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950. Pada tahun 1967, di bawah Seksyen 15 Enakmen Lembaga Bandaran 118, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah mengambil alih kuasa pentadbiran Bandar Johor Bahru. Pada 1 April 1977, Majlis Bandaran dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran dan seterusnya menikmati kenaikan taraf kepada sebuah Bandaraya pada 1 Januari 1994 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Johor Bahru. Bermula pada tarikh ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor melepaskan tanggungjawabnya sebagai "Yang Dipertua" dengan perlantikan Datuk Bandar, Bandaraya Johor Bahru. Berikut merupakan ringkasan penubuhan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)


Jawatan:

1. PEGAWAI PERUBATAN UD41/UD43/UD44/UD47/UD48

2. JURUAUDIT W44

3. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41/J44

4. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN/PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29/U32

5. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27/S32

6. PENOLONG JURUAUDIT W27/W32

7. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17/U22


CARA MEMOHON :

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 
(Jawatan Bil.1,3,4,5,6,7,8,9) atau Borang MBJB/BSM/2014/2 (Jawatan Bil.2)
yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, 
Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat 
turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor 
Bahru di alamat www.mbjb.gov.my atau boleh muat turun di bawah

(b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat 
mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut 
Perintah Am Bab ‘A’ Bil.21 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi 
dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.


Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 November 2014 

(d) Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan :-

(i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

(ii) salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM);

(iii) salinan transkrip pengajian;

(iv) salinan sijil Diploma/Ijazah;

(v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA (Diploma/Ijazah); 

(vi) salinan sijil Amalan/Pendaftaran Perubatan;

(vii) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;

(viii) salinan kad pengenalan; dan

(ix) gambar berukuran pasport terbaru.

dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :-


DATUK BANDAR 
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU 
PETI SURAT 232 
80720 JOHOR BAHRU 


Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 November 2014