Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - 16 December 2014

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - 16 December 2014

Universiti Malaysia Kelantan (English: University of Malaysia, Kelantan) or UMK is a public university located in Kelantan in Malaysia. The formation of the university was mooted during the tabling of the Ninth Malaysia Plan and approved by the cabinet of Malaysia on June 14, 2006. The launching ceremony was held at the end of 2006 by Prime Minister, Y.A.B. Tun Abdullah Ahmad Badawi. The first students were enrolled with the commencement of the June 2007 semester.

The Prime Minister of Malaysia announced the government’s approval to establish a university in Kelantan under the Ninth Malaysia Plan on 31 March 2006.

On 14 June 2006, a Cabinet Meeting approved the establishment of the university. Taglines such as “Entrepreneurship is Our Thrust” and “Entrepreneurial University” are used to promote the philosophy of the university. Studies are grouped into three fields:

  •     Entrepreneurship and Business ;
  •     Creative Technology and Heritage;
  •     Agro-Industry and Science of Natural Resources.
Apart from the three fields of study, emphasis is given to acquiring language and soft skills.

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - 16 December 2014

Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :- 

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Jawatan:

1. TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)

1.2 Gred: : Gred Utama B (VU6)

1.3 Jadual Gaji Min-Mak (JGMM) : RM7,788.05 hingga RM15,900.42

1.4 Elaun-Elaun

i) Imbuhan Tetap Perumahan : RM1,600.00

ii) Imbuhan Tetap Keraian : RM3,050.00

iii) Imbuhan Tetap Jawatan

Gred Utama : RM1,500.00

iv) Elaun Pembantu Rumah : RM500.00

v) Bantuan Menyelenggara

Rumah : RM2,000.00 (setahun)

1.5 Taraf Jawatan : Tukar Sementara/Pinjaman/ Kontrak

1.6 Tempoh Lantikan :

Tiga (3) tahun (Tertakluk kepada keputusan Kementerian Pendidkan Malaysia)

1.7 Kelayakan dan Pengalaman : Sekurang kurangnya telah memegang jawatan Profesor Gred C (Berjawatan Tetap/ Kontrak/ setaraf

KRITERIA PEMILIHAN

Pemilihan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) secara umumnya mestilah
berasaskan kepada kriteria-kriteria umum dan khusus berdasarkan Garis Panduan dan Kriteria
Pemilihan Timbalan Naib Canselor IPTA seperti berikut:

2.1 KRITERIA UMUM

a. Kecemerlangan Akademik;

Penyandang mestilah mempunyai kelayakan PhD, mendapat command of
respect dari kalangan rakan sejawat, mempunyai rekod cemerlang dalam
penyelidikan, penerbitan jurnal berwasit antarabangsa, inovasi dalam pengajaran
dan kecemerlangan dalam khidmat profesional.

b. Pengiktirafan Antarabangsa;

Penyandang mestilah diiktiraf oleh peers antarabangsa sebagai pakar dalam
bidangnya, mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh, pernah menerima
pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari organisasi terkemuka luar Negara.

c. Kebolehan Memimpin dan Mengurus;

Penyandang mestilah mempunyai people skills yang boleh meneraju
transformasi, mempunyai gagasan, visi dan misi serta mampu menggerakkan
komuniti kampus ke arah budaya kecemerlangan akademik. Ditambah dengan
kemahiran komunikasi dan interpersonal yang mantap. Pengalaman dan rekod
cemerlang pimpinan akademik merupakan antara ciri utama dalam menentukan
kebolehmampuan calon.

d. Reputasi;

Menjadi role model kepada semua peringkat staf, mempunyai pengalaman dan
proven track record serta disanjung baik serta dihormati oleh masyarakat kampus
dan luar.

e. Personaliti;

Penyandang mestilah seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi,
team player, serta mempunyai motivasi dalaman untuk memacu kecemerlangan
Universiti. Calon juga mestilah memahami aspirasi Negara untuk membangunkan
modal insan bermentaliti kelas pertama.

f. Proaktif;

Mempunyai pemikiran dan sikap yang proaktif serta mampu mengurus

kepelbagaian dalam apa jua situasi.

g. Perwatakan;

Mempunyai perwatakan yang dinamik serta bertanggungjawab dan komited
kepada tugas dan tanggungjawab berdasarkan nilai-nilai murni masyarakat dan
negara.

h. Pengurusan Konflik;

Berkeupayaan mengenalpasti konflik dan menguruskannya dengan baik dan
berhemah.

i. Potensi;

Mempunyai potensi untuk menyumbang secara berkesan terhadap
pembangunan Universiti dan Pendidikan Tinggi Negara secara keseluruhan.

2.2 KRITERIA KHUSUS

a. Mempunyai PhD atau Kelayakan Profesional;

Perlu mempamerkan kewibawaan khususnya kelayakan akademik tertinggi PhD.
Penjawat juga mestilah seorang yang berkemahiran dalam urusan akreditasi
memandangkan proses akreditasi adalah salah satu bidang tugas TNC(A AND A).

b. Berpengalaman Dalam Pembentukan Korikulum (curriculum design);

Penyandang bertanggungjawab dalam agenda kritikal Pengajaran dan
Pembelajaran dan mestilah mahir mengendalikan kokurikulum yang seimbang
dan bersepadu. Penyandang juga merupakan sekretariat dan pihak berwajib
kepada Senat yang diberi kuasa yang lebih dalam AUKU dalam rekabentuk
kurikulum Universiti.

c. Pakar Pengajaran dan Pembelajaran;

Penyandang adalah seorang yang dihormati dan mempamerkan kewibawaan
dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran (Teaching & Learning). Penyandang
perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai aspek-aspek berikut
iaitu Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL), Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBL), Pendekatan Berasaskan Projek Berorientasikan Masalah
(POPBL), Pembelajaran Sepanjang Hayat (LL), Penaksiran dan Outcome Based
Education.

d. Kecemerlangan Penyelidikan dan Penerbitan;

Penyandang mestilah mempunyai rekod yang cemerlang dalam hasil
penyelidikan dan penerbitan serta telah dilantik sebagai Profesor. Beliau juga
hendaklah cemerlang dalam penyelidikan dan telah menerbitkan artikel dalam
jurnal berwasit, berimpak tinggi serta mendapat pengiktirafan di dalam negara

dan luar negara.

e. Pengalaman Sebagai Penyelia Yang Berjaya

Penyandang juga perlu mempunyai rekod yang cemerlang dalam penyeliaan
pasca-siswazah (Sarjana & PhD) dengan jayanya. Penyandang adalah
bertanggungjawab dalam mempengerusikan Jawatankuasa Pengajian Siswazah
dan menjadi penimbang tara bagi isu-isu akademik pengajian peringkat ijazah
lanjutan.

f. Hal Ehwal Antarabangsa

Penyandang akan ditugaskan untuk mempromosikan program akademik dan
mobiliti pelajar di peringkat antarabangsa. Oleh itu, pengalaman dan
kebolehlihatan di peringkat antarabangsa perlu dimiliki oleh penyandang. Calon
harus mempunyai hubungan yang luas dan reputasi yang baik di peringkat
serantau dan antarabangsa


3.0 CARA MEMOHON

3.1 Calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pendaftar,
Universiti Malaysia Kelantan pada atau sebelum 16 Disemberi 2014 (Selasa) dengan
menyertakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut:

a. ‘Curriculum Vitae’ (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar berukuran
pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

i. Latar belakang diri dan keluarga termasuk alamat surat menyurat dan
nombor telefon untuk dihubungi;

ii. Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjaya termasuk jawatan
pentadbiran yang telah dan sedang disandang. Semua salinan sijil akademik
dan yang berkaitan perlulah dikemukakan bersama permohonan ini;

iii. Senarai penerbitan yang terkini (termasuk jurnal dan buku);

iv. Anugerah dan hadiah yang berprestij yang diterima peringkat Kebangsaan
dan Antarabangsa;

v. Sumbangan-sumbangan besar dan bermakna kepada pembangunan
Universiti dan Pendidikan Tinggi Negara; dan

vi. Dua (2) nama penyokong sebagai rujukan (referee).

b. Kertas cadangan yang boleh membantu UMK meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran dan seterusnya dapat menjayakan hasrat menjadikan UMK sebagai
Universiti Keusahawanan Terkemuka di peringkat nasional dan antarabangsa.

c. Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya

dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:-

a. Prof. Dr. Razli bin Che Razak
 Pendaftar
Pejabat Pendaftar
 No. Tel : 09-7797000
 E-mel : razlicr@umk.edu.my

b. Puan Aslina binti Abdullah
Timbalan Pendaftar
Bahagian Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
No. Tel : 09-7797055
E-mel : aslina@umk.edu.my

3.3 Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada:

Pendaftar
Pejabat Pendaftar
Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Bachok
Beg Berkunci No.01
16300 Bachok
KELANTAN DARUL NAIM


3.4 Tarikh tutup permohonan jawatan ialah pada 16 Disember 2014 (Selasa).