Jawatan Kosong Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) - Closing 21 November 2014

Jawatan Kosong Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) - Closing 21 November 2014 

 

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga adalah manifestasi pelaksanaan iltizam negara yang dibuat di Persidangan Sedunia Keempat Wanita di Beijing pada tahun 1995 seperti yang terkandung dalam dokumen Landasan Tindakan bagi memajukan wanita ke tahun 2000, iaitu :
"Pewujudan sebuah Kementerian yang lengkap menggambarkan komitmen Kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita di negara ini"
Penubuhan Kementerian Hal Ehwal Wanita telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian kemudiannya telah diperluaskan dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001. Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diletakkan di bawah Kementerian. HAWA kemudiannya distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
Selepas Pilihan Raya Umum Kesebelas pada bulan Mac 2004, fungsi dan tanggungjawab KPWK telah diperluaskan lagi. Pada 27 Mac 2004 fungsi Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah dibubarkan, dan telah dipindahkan ke KPWK. Selaras dengan pertubuhan tersebut, KPWK telah ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).


Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) seperti berikut:-

1. Pemandu Kenderaan H11

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan cara memohon
Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat kepada :-

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Unit Pengurusan Perkhidmatan
Aras 34, No. 55
Persiaran Perdana
Presint 4
62100 Putrajaya
(u.p.: Puan Saliza binti Mokhtar)
atau melalui email ke;
Email : saliza@kpwkm.gov.my / norhaiza@kpwkm.gov.my / halilah@kpwkm.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan:- 21 November 2014