Jawatan Kosong Maktab Koperasi Malaysia (MKM) - Closing Date 09 Disember 2014

Jawatan Kosong Maktab Koperasi Malaysia (MKM) - Closing Date  09 Disember 2014 


Maktab Koperasi Malaysia (MKM) yang sebelum ini di kenali sebagai Maktab Kerjasama Malaysia adalah merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi  di negara ini.

Ketika ditubuhkan dalam tahun 1956, keperluan kewangannya dibiayai oleh Colonial Welfare dan Development Fund, manakala kerajaan pula telah memberikan sumbangan yang amat besar bagi menggalakkan pembangunan MKM keseluruhannya.

Dalam tahun 1968, MKM telah diiktiraf sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta  Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 yang di luluskan oleh Parlimen pada 11 September 1968.  Sesuai dengan peredaran masa, Parlimen telah meluluskan Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan)(Pindaan ) 2011[Akta 1398] yang mula berkuatkuasa pada 1 September 2011  bertujuan untuk memperkemaskan tadbir urus MKM supaya dapat merancang dan menjalankan program yang inovatif dan kreatif bagi meyokong pembangunan gerakan koperasi.

MKM pernah diletakkan di bawah beberapa kementerian antaranya  Kementerian Pertanian dan juga Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.  Pada tahun 2009, MKM telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Alamat
Maktab Koperasi Malaysia (Ibu Pejabat)
103 Jalan Templer
46700, Petaling Jaya, Selangor
Malaysia
Email: mkm@mkm.edu.my
No. Tel: 603-79649000 / Faks: 603-79570434
Jawatan Kosong Maktab Koperasi Malaysia (MKM)
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Maktab Koperasi Malaysia (MKM) seperti berikut:-

1. Pegawai Latihan E41
2. Tukang Masak N1
3. Pemandu Kenderaan R3

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan permohonan online
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman jobsmalaysia, sila ikuti arahan dan juga panduan seperti dibawah.

1. Sila kelaman jobsmalaysia
2. Sila ke Carian Segera dan pilih Cari Majikan serta masukkan keyword : maktab koperasi malaysia (dan search)

3. Sila pilih Majikan:
Majikan: MAKTAB KOPERASI MALAYSIA
MAKTAB KOPERASI MALAYSIA, PETALING, SELANGOR. SEKTOR: PENDIDIKAN KOLEJ DAN UNIVERSITI (AWAM)

4. Sila klik pada senarai iklan jawatan dan mohonlah secara online.

Tarikh Tutup Permohonan:- 09 Disember 2014