Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung (MPM) - Closing Date 2 December 2014

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung (MPM) - Closing Date 2 December 2014

Majlis Daerah Manjung (MDM) telah ditubuhkan pada 1 Jan 1980 dengan percantuman beberapa buah Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT) dan dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Manjung pada 1 Ogos 2001. Keluasan kawasan MPM terbahagi kepada :-
  • Luas Kawasan Majlis tahun 2006 ialah 301.82 km persegi @ 20.88% dari keseluruhan Daerah Manjung (1,171km persegi)
  • Kawasan Operasi (180.47 km persegi)
  • Kawasan Kawalan (121.35 km persegi)  

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung (MPM) - Closing Date 2 December 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Perbandaran Manjung (Keutamaan akan diberikan kepada anak perak dan memiliki pengalaman pekerjaan yang berkaitan) seperti berikut:-

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Majlis Perbandaran Manjung (MPM)

Jawatan:-

1. PENGHANTAR NOTIS N11


SYARAT LANTIKAN:-

i. Warganegara Malaysia keutamaan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(a) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(b) Sekurang-kurangnya lesen memandu Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
[kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)].
[ Gaji Permulaan ialah pada Gred N11: RM847.99) dan

iii. Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON:-

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPM 1 yang boleh dimuat turun di bawah

(b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, sijil-sijil yang berkaitan, sijil-sijil persekolahan yang telah disahkan, sekeping gambar terbaru berukuran pasport.

(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23sm x 11sm.Disudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

(d) Pemohon rakyat Negeri Perak yang lahir diluar Perak sila kemukakan salinan kad pengenalan bapa yang telah disahkan.

(e) Permohonan AKAN DITOLAK sekiranya;

i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;

ii) tidak lengkap atau tidak terang;

iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

iv) tidak ditulis Nombor Kad Pengenalan;

v) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat;

vi) tidak ditandatangani;


ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP IKLAN

Permohonan hendaklah sampai kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
JALAN PINANG RAJA
32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN

4. CATATAN AM

( a ) Calon-calon hendaklah menggunakan borang MPM 1 yang ditetapkan.

( b ) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

( c ) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh Tutup Iklan : 02 December 2014