Jawatan Kosong Terkini Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Mac 2014

Jawatan Kosong Terkini Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Mac 2014

Tarikh tutup 21 Mac 2014


Jawatan Kosong Terkini Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Mac 2014

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia
yang berkelayakan dan berdaya saing untuk mengisi kekosongan jawatan dalam bidang berkaitan seperti berikut (Klik untuk maklumat lanjut) :
  • Bendahari 
  • Pegawai Tadbir
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau lebih dikenali sebagai KUIS merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik sepenuhnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sehingga kini KUIS masih mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan islam. Selain itu, KUIS juga berperanan menyediakan alternatif bagi lepasan sekolah unuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Cara Memohon Jawatan Kosong Terkini Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Mac 2014

Pemohon yang berminat memohon jawatan Kosong KUIS perlu menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Sila catatkan nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat permohonan. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan sijil berikut:

a. Sijil Kelahiran yang telah disahkan;
b. Kad Pengenalan yang telah disahkan;
c. Ijazah Sarjana Muda/Diploma/Sijil yang telah disahkan;
d. Transkrip Akademik yang telah disahkan;
e. Sijil SPM, PMR atau setaraf yang telah disahkan;
f. Sijil Berhenti Sekolah Menengah;
g. Sijil Kokurikulum;
h. Profil Peribadi/Resume
.
KETUA
BAHAGIAN PENGURUSAN INSAN
PEJABAT PENDAFTAR
ARAS 2, BANGUNAN PENTADBIRAN
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
BANDAR SERI PUTRA
43000, KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Maklumat lanjut jawatan kosong KUIS boleh didapati disini.

Jawatan Kosong Terkini Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Mac 2014