Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) - Mei 2014

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) - Mei 2014



MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.
Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.
MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.
Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.

MARDI dimandatkan bagi melaksanakan fungsi berikut:
Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Fungsi ini dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya serta mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) (20 Mei 2014)

Jawatan Kerja Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) logo www.ohjob.info
Kerja Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) seperti berikut:-

1. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) / Penolong Jurutera JA29
2. Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat N27
3. Penjaga Jentera Elektrik J17
4. Pembantu Kemahiran H17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan permohonan online

Meja Bantuan : Program Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia
03 8943 8422/2604/1004/7902

Tarikh Tutup Permohonan:- 20 Mei 2014