Jawatan Kosong di Institut Integriti Malaysia (IIM) - Closing Date 30 September 2014

Jawatan Kosong di Institut Integriti Malaysia (IIM) - Closing Date 30 September 2014

Institut Integriti Malaysia (IIM) merupakan idea YAB Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan beliau mengisytiharkannya pada 5 November 2003.
Ia ditubuhkan sebagai sebuah badan autonomi yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 4 Mac 2004.
Institut Integriti Malaysia (IIM), ditubuhkan sebagai agensi penyelaras dan pemantau pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN). Objektif utama IIM ialah untuk membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat.
Jawatan Kosong  Institut Integriti Malaysia (IIM)
WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Institut Integriti Malaysia (IIM)

Jawatan:

1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (SETIAUSAHA PEJABAT)


Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Tempoh Perkhidmatan : 1 November 2014 – sehingga diberitahu kelak
Kadar Upah : RM 72.00 sehari
Penempatan : Pejabat Pengarah Sektor Sosiobudaya
Kekosongan : Satu (1)

SYARAT LANTIKAN
a. Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yanfg
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU

b. Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf;

c. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

d. Berkebolehan mengendalikan komputer; DAN

e. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;

f. Graduan yang baru menamatkan pengajian adalah digalakkan untuk memohon.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di Pejabat Pengarah Sektor Sosiobudaya berjalan
lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan
dan pengurusan fail. Disamping itu, memastikan semua keperluan rasmi Pengarah Sektor Sosiobudaya

dikendalikan secara cekap dan berkualiti serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.


CARA MEMOHON

i. Pemohon boleh mengemukakan permohonan yang lengkap secara pos atau melalui emel beserta resume
terkini, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil/dokumen berkaitan dan sekeping gambar berukuran
pasport (tidak dikembalikan).

ii. Semua permohonan hendaklah dihantar ke alamat Presiden, Institut Integriti Malaysia (IIM), Menara
Integriti, Persiaran Duta off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur (u.p: Unit Sumber Manusia);

ATAU

Emelkan ke usm@iim.org.my

iii. Sila tuliskan Nama Jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat permohonan.

iv. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2014.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai Unit Sumber Manusia seperti berikut:-

Nama Pegawai: Puan Judlifah binti Mohd Jamil
No. Telefon : 03-6209 2047
Emel : judlifah@iim.org.my

Nama Pegawai: Puan Sarina binti Sarbani
No. Telefon : 03-6209 2048
Emel : sarina@iim.org.my

Nama Pegawai: Puan Nazsalwani binti Mohd Senan
No. Telefon : 03-6209 2045

Emel : wani@iim.org.my


Tarikh Tutup : 30 September 2014


Kerja Kosong Institut Integriti Malaysia (IIM) Terkini