Jawatan Kosong Jabatan Penjara Malaysia (JPM) - Jun 2014

 Jawatan Kosong Jabatan Penjara Malaysia (JPM) - June 2014

Penjara adalah berbeza dari institusi atau organisasi yang ada dalam masyarakat moden. Perbezaan bukan sekadar dari penampilan fizikal, malahan ianya merupakan satu tempat di mana satu kumpulan pekerja yang terlatih berkhidmat untuk mengurus dan menjaga satu kumpulan manusia yang bergelar "banduan/tahanan/juvana". Kumpulan kedua ini tidak datang secara rela, malah mereka dipaksa masuk dan dihalang dari meninggalkan kawasan penjara oleh pengawal, tembok dan pagar. Dalam erti kata lain, pihak pengurusan Jabatan Penjara tidak boleh memilih pelanggan dan tidak mempunyai kuasa untuk membebaskan mereka. Banduan/ tahanan/penghuni harus hidup mengikut peraturan yang ditetapkan dan pergerakan mereka adalah amat terkawal. Dalam konsep kepenjaraan masa kini, penjara merupakan tempat di mana banduan akan ditahan, dikawal dan menjalani pelbaga aktiviti pemulihan sehinggalah tarikh mereka dibebaskan. Masyarakat harus menyedari bahawa falsafah kepenjaraan itu merupakan satu ukuran ketamadunan bagi kehidupan sesebuah masyarakat sesebuah negara. Jabatan Penjara Malaysia adalah institusi terakhir dalam perlaksanaan "Criminal Justice System", dan bertanggungjawab kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Jabatan Penjara Malaysia berkhidmat kepada masyarakat dengan menahan mereka yang dihukum oleh mahkamah.

Tugas Jabatan Penjara ialah mengawal mereka dengan penuh perasaan perikemanusiaan dan membantu mereka menjalani kehidupan yang berfaedah serta mematuhi undang-undang semasa dalam tahanan dan selepas dibebaskan

Jawatan Kosong Jabatan Penjara Malaysia (JPM)
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Penjara Malaysia (JPM) seperti berikut:-

1. Penolong Penguasa Penjara KX27 - 228 kekosongan
2. Pegawai Penjara KX17 - 463 kekosongan
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
PERMOHONAN ONLINE

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036

Tarikh Tutup Permohonan:- 01 Jun 2014