Ujian Bertulis Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

About Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 


Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan.
Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.
Tan Sri Dato' Lokman Yusof bekas Pesuruhjaya Ibu Kota telah dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama. Beliau meninggal dunia pada 15.5.1972. Tan Sri Yaakob Latiff telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kedua selama 10 tahun. Beliau telah digantikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ketiga iaitu Tan Sri Dato' Elyas Omar pada 1.2.1981.


 Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keempat ialah Dato' Dr. Mazlan Ahmad yang telah dilantik pada 17.11.1992. Tan Sri Dato’ Kamaruzzaman Shariff, Datuk Bandar Kuala Lumpur kelima, dilantik sebagai Datuk Bandar pada 14.12.1995 hingga 13.12.2001. Beliau diganti oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keenam iaitu Kol. Datuk Hj. Mohmad Shaid b. Mohd Taufek yang dilantik pada 14.12.2001. Kemudian, daripada 14.12.2004 sehinggalah 13.12.2006, jawatan Datuk Bandar yang ketujuh telah disandang oleh Dato' Hj. Ruslin bin Hj. Hasan.

Bermula dari 14.12.2006 hingga 13.12.2008, jawatan Datuk Bandar yang kelapan telah disandang oleh Datuk Seri AB Hakim bin Borhan. Beliau diganti oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kesembilan iaitu Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail yang dilantik pada 14.12.2008. Kini, jawatan Datuk Bandar kesepuluh pula disandang oleh Datuk Seri Hj. Ahmad Phesal bin Hj. Talib yang memulakan tugasannya pada 18.7.2012.

Source :  http://www.dbkl.gov.my

Ujian Bertulis Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - 12 May 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi menghadiri temuduga terbuka jawatan berikut:

Ujian Bertulis Terbuka Terkini 2014 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Jawatan:


UJIAN BERTULIS TERBUKA BAGI TUJUAN PENGAMBILAN JAWATAN
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 (KONTRAK)

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 (KONTRAK)

TARIKH TEMU DUGA : 12 May 2014 (ISNIN)

MASA PENDAFTARAN : 
8.30 PAGI – 10.00 PAGI

TEMPAT : 
INSTITUT LATIHAN DBKL (IDB),
JALAN YAAKOB LATIF,
BANDAR TUN RAZAK,
53200 KUALA LUMPUR

No. Telefon : 03-26179613/9609 

Muat Turun Iklan dan Syarat Kelayakan

Ujian Bertulis Terbuka Terkini 2014 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)