Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi - Mei 2014

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi - Mei 2014


Pada awal penubuhan Majlis Dearah Kota Tinggi dikenali sebagai Lembaga Bandaran di mana sebahagian Pentadbiran adalah di bawah pentadbiran Pihak Kerajaan. Pada 01 April 1961, Lembaga Bandaran telah ditukar kepada Majlis Bandaran di mana keseluruhan pentadbiran menjadi Badan Berkanun dan Kewangan Berautonomi serta mendapat bantuan pemberian dari Kerajaan Negeri.
Pada 01 Januari 1977, Majlis Daerah Kota Tinggi melalui penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Malaysia Barat dengan menyatukan beberapa buah Penguasa Tempatan mengikut kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973 untuk diterbitkan dalam satu Lembaga Pengurus.

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi - 22 Mei 2014

Peluang kerjaya di Majlis Daerah Kota Tinggi, dipelawa kepada rakyat Negeri Johor Darul Takzim untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut:-
▶ Penghantar Notis (Gred N11)

Majlis-Daerah-Kota-Tinggi
Menjadikan Kota Tinggi perbandaran yang progresif dan mampan menjelang tahun 2015.
Cara Memohon (Klik untuk memohon)

Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh di muat turun disini atau boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi, Johor pada waktu pejabat dengan dikenakan bayaran RM1.00 senaskah. Bayaran borang permohonan hendaklah dibuat menggunakan kiriman wang pos.

Borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran dan sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah , Diploma – jika berkenaan), transkrip keputusan peperiksaan semua semenster serta sekeping gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah di SAHKAN daripada salinan asal. Borang-borang permohonan hendaklah diiisi dengan lengkap dan dihantar kepada:-

Yang Dipertua
Majlis Daerah Kota Tinggi
Jalan Padang
81900 Kota Tinggi

BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP AKAN DITOLAK. Hanya calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Maklumat lanjut jawatan kosong Majlis Daerah Kota Tinggi boleh didapati disini.
Tarikh tutup permohonan adalah pada :  22 Mei 2014