Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) - Jun 2014

 Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) - 11 June 2014


Penubuhan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah dilancarkan pada 31 Mac 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein Al Haj. Pada awal penubuhannya, NAFAS yang dikenali sebagai Persatuan Peladang Kebangsaan telah didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967 dan bertindak sebagai badan induk kepada persatuan-persatuan peladang di seluruh negara. Penubuhan Persatuan Peladang pada ketika itu telah diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak sendiri hasil daripada lawatan beliau ke Taiwan.Seiring dengan peredaran masa dan bagi membolehkan pergerakan peladang bergerak maju, persatuan-persatuan peladang dan syarikat-syarikat kerjasama asas tani diseluruh Malaysia telah dicantumkan dan menjadi Pertubuhan Peladang Kawasan dan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973.Kemudian, seiring dengan  perubahan di peringkat kawasan dan negeri, Persatuan Peladang Kebangsaan juga telah didaftarkan semula sebagai
‘Pertubuhan Peladang Kebangsaan’ pada tahun 1984. Sehingga 31 Disember 2010. NAFAS telah dianggotai oleh 14 buah Pertubuhan Peladang Negeri, yang dianggotai oleh 291 Pertubuhan Peladang Kawasan,yang dianggotai oleh 800,272 ahli peladang diseluruh negara melengkapkan struktur tiga peringkat pertubuhan peladang seperti berikut :


Sesuai dengan peranan NAFAS sebagai induk Pertubuhan Peladang, NAFAS telah menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti perniagaan dan pelaburan khususnya dalam bidang pertanian. Pada awal penubuhannya, NAFAS telah menjalankan perniagaan peruncitan, pemasaran baja dan pemasaran jentera pertanian.

Kini, hasil daripada kecekapan dan kepakaran Ahli Jemaah Pengarah dan Pengurusan, NAFAS telah berjaya memperkembangkan lagi sektor perniagaannya melalui 7 buah anak syarikatnya iaitu NAFAS Bajakimia Sdn. Bhd, NAFAS Agri Services Sdn. Bhd, NAFAS Jentera Sdn. Bhd. NAFAS Estates Sdn. Bhd, NAFAS Plastic Sdn. Bhd, NAFAS Food Processing & Marketing Sdn. Bhd, dan Malaysian NPK Fertilezer Sdn. Bhd.

Selain memberikan fokus kepada perniagaan, NAFAS selaku apex pergerakan peladang juga tidak pernah alpa memberikan bantuan dan memenuhi tuntutan sosial ahli-ahli peladang. Melalui Tabung Kumpulan Wang NAFAS, NAFAS telah menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan memberikan bantuan kepada Pertubuhan-Pertubuhan Peladang Kawasan, Pertubuhan-Pertubuhan Peladang Kawasan dan juga ahli-ahli peladang diseluruh negara.

Source ;  http://nafas.com.my

Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) - 11 June 2014

We, being an established organization incoporated under Act, 109 (1973) functions as an apex body for all Farmers Organizations in Malaysia with its corporate mission to be a national institution spearheading the activities of the farmers’ organization as a fully capable business entity towards the prosperity of farmers and agriculture industry. We offer competive packages of salary and benefits and gratuity (subject to terms and conditions) commensurate with qualifications and experience.


Jawatan Kosong Terkini 2014 di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas)


Positions:-

1. VETERINARY / AGRICULTURAL EXECUTIVE


Closing date : 11 June 2014


Kerja Kosong di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Terkini 

 
 Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) - 11 June 2014