About Universiti Selangor (UNISEL)  
Universiti Selangor (UNISEL) yang 
dahulunya dikenali dengan Universiti Industri Selangor telah ditubuhkan 
pada 23 Ogos 1999. UNISEL beroperasi di dua kampus iaitu di kampus induk
 berkeluasan 1000 ekar di Bestari Jaya, Kuala Selangor dan kampus bandar
 di Jalan Zirkon, Seksyen 7, Shah Alam.
Penubuhan UNISEL juga seiring dengan 
hasrat Kerajaan Negeri sekarang untuk menjadikan Selangor sebagai hub 
pendidikan serantau yang terunggul. Selangor perlu memainkan peranan 
lebih aktif dalam penawaran program pengajian pendidikan tinggi bagi 
meningkatkan pembangunan modal insan yang cemerlang. Sebagai sebuah 
institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ketujuh di Malaysia, UNISEL 
memiliki keunikan tersendiri kerana ia adalah universiti milik kerajaan 
negeri yang pertama di Malaysia.
UNISEL menerima kumpulan pelajar 
pertamanya pada 9 September 1999 (9.9.1999). Pada peringkat awal, UNISEL
 hanya mempunyai tiga program pengajian sahaja. Pada akhir tahun 2011, 
sebanyak 89 program pengajian meliputi hampir kesemua aspek disiplin 
keilmuan diperkenalkan Bermula dengan hanya tiga program pengajian 
sahaja.
Pada akhir tahun 2011, sebanyak 89 
program pengajian meliputi hampir kesemua aspek disiplin keilmuan 
diperkenalkan. Semua program tersebut telah mendapat akreditasi dari 
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pengiktirafan badan profesional yang
 berkaitan.
Perkembangan UNISEL juga dapat dilihat 
dari fizikal kampusnya yang disasar akan menjadi salah sebuah kampus 
termoden di Asia Tenggara. UNISEL bermula dengan kampus bandar di 
Seksyen 7 Shah Alam. Kampus ini  hanya boleh menampung 5,000 pelajar. 
Kampus induk UNISEL di Bestari Jaya yang siap pada tahun 2005 disasarkan
 mampu menampung lebih daripada 8,000 orang pelajar.
Jawatan Kosong di Universiti Selangor (UNISEL) - 16 June 2014
Universiti
 Selangor (UNISEL) merupakan sebuah Universiti swasta yang dimiliki 
sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1999 
sehingga kini menawarkan pelbagai program pengajian di kampus Shah Alam 
dan Bestari Jaya. Lokasinya yang strategik, secara tidak langsung 
memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan 
ekonomi dan pembangunan sosial negeri.
Jawatan Kosong Terkini 2014 di Universiti Selangor (UNISEL)
Jawatan:-
1. PENGURUS ASRAMA (GRED N41)
2. PENOLONG PENGURUS ASRAMA (GRED N27)
3. PEMANDU BAS (PSV)/ PEMANDU (R6)
2. PENOLONG PENGURUS ASRAMA (GRED N27)
3. PEMANDU BAS (PSV)/ PEMANDU (R6)
Tarikh Tutup : 16 June 2014
Kerja Kosong di Universiti Selangor (UNISEL) Terkini 2014
