Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung (MPM) - Closing Date 18 June 2014

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung (MPM) - Closing Date 18 June 2014

Majlis Daerah Manjung (MDM) telah ditubuhkan pada 1 Jan 1980 dengan percantuman beberapa buah Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT) dan dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Manjung pada 1 Ogos 2001. Keluasan kawasan MPM terbahagi kepada :-
  • Luas Kawasan Majlis tahun 2006 ialah 301.82 km persegi @ 20.88% dari keseluruhan Daerah Manjung (1,171km persegi)
  • Kawasan Operasi (180.47 km persegi)
  • Kawasan Kawalan (121.35 km persegi)  
Misi
Komited memberikan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, telus dan efisyen ke arah perbandaran yang kondusif, selamat dan harmoni berteraskan pembangunan mampan.

Visi
Menjadikan Perbandaran Manjung Bandar Pelancongan dan Maritim yang maju, progresif,makmur dan terunggul menjelang 2015.

Matlamat Utama
Mewujudkan kawasan perbandaran yang selesa, selamat dan harmoni melalui pembinaan keupayaan (Capacity Building) yang berterusan dalam pelbagai bidang.
Fungsi
Berikut adalah fungsi-fungsi Majlis Perbandaran Manjung:
  1. Bertanggungjawab untuk mentadbir kawasan Majlis yang merupakan bandar-bandar dan kawasan sekitar yang diwartakan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
     
  2. Bertanggungjawab untuk mengutip hasil tahunan disamping berusaha untuk meningkatkan jumlah hasil tahunan melalui punca-punca hasil yang baru.
     
  3. Mewujudkan hubungan baik dengan semua pihak (pelanggan, pembayar cukai dan lain-lain) yang ada kaitan langsung atau tidak langsung dalam konteks mencapai matlamat dan objektif Majlis.
     
  4. Merancang dan melaksanakan perkhidmatan Perbandaran yang cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan kehidupan masyarakat kearah mewujudkan keadaan persekitaran yang permai.
     
  5. Bertanggungjawab mentadbir kawasan Majlis melalui kawalan keatas aktiviti perniagaan dan perindustrian serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menarik lebih banyak pelaburan.
     
  6. Mengawal, merancang dan meluluskan pembangunan fizikal supaya selaras dengan kehendak Pelan Struktur dan Pelan Tempatan.
     
  7. Merancang dan melaksanakan pembangunan kawasan Majlis dengan tumpuan kepada pembangunan yang berorientasikan kepada pemeliharaan alam sekitar dan mewujudkan masyarakat bandar yang seimbang dan harmoni.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung (MPM) - 18 June 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Perbandaran Manjung (Keutamaan akan diberikan kepada anak perak dan memiliki pengalaman pekerjaan yang berkaitan) seperti berikut:-

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Majlis Perbandaran Manjung (MPM)

Jawatan:-

1. PEGAWAI TADBIR N41

2. JURUAUDIT W41

3. PEGAWAI KESIHATAN DAN PERSEKITARAN U41

4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

5. PENOLONG KESIHATAN DAN PERSEKITARAN U29

6. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27


Tarikh Tutup Iklan : 18 June 2014



Muat Turun Borang Permohonan