Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia - 8 June 2014
About Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah
ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan
Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris,
Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di
bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara
144(1) Perlembagaan PersekutuanPerkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:
"Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada
peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu
Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan,
memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen,
menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas
anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang
kuasanya."
Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) - 8 June 2014
Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mencari individu yang berintegriti,
memiliki kemahiran interpersonal, daya tahan, komitmen, orientasi sosial
serta semangat berpasukan yang tinggi untuk menyertai perkhidmatan awam
:
1. PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41
(Jabatan Perkhidmatan Awam)
Jawatan Kosong Terkini 2014 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Jawatan:-
1. PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41
(Jabatan Perkhidmatan Awam)
Tarikh Tutup Permohonan : 08 June 2014 (Ahad) Jam 11:59 Malam.
Pendaftaran
permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui
online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak
diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun. Urusan
pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan
oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan
akan dipanggil temu duga.