Universiti Putra Malaysia mula ditubuhkan sebagai sebuah Sekolah
Pertanian pada 21 Mei 1931. Ia dibangunkan di kawasan seluas 22 ekar di
Serdang dan menawarkan dua program sahaja pada masa itu; Program Diploma
3 tahun dan Program Persijilan 1 tahun di dalam bidang pertanian.
Tanggal 23 Jun 1947, Sekolah Pertanian ini telah dinaiktaraf sebagai
Kolej Pertanian Malaya oleh Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union
ketika itu. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia seterusnya tercetus
apabila Sekolah Pertanian di Serdang ini bergabung dengan Fakulti
Pertanian, Universiti Malaya. Dr. Mohd. Rashdan bin Haji Baba, yang
merupakan pengetua Kolej Pertanian Malaya, dilantik sebagai Naib
Canselor di bawah Seksyen 18, Akta Universiti dan Kolej Universiti
1971. Universiti Pertanian Malaysia memulakan sesi akademiknya pada 23
Julai 1973 dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar
tersebut memulakan pengajian di tiga fakulti pengasas dan satu bahagian
asasi iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan, Fakulti
Perhutanan, Fakulti Pertanian dan Bahagian Sains Asasi, yang pada masa
itu menekankan bidang perhutanan dan veterinar selaras dengan dasar dan
keperluan Negara. Pada tahun 80-an, UPM mengembangkan bidang pengajian
ke bidang Sains dan Teknologi (S&T). Pada tahun 3 April 1997, nama
Universiti ditukar dari Universiti Pertanian Malaysia ke Universiti
Putra Malaysia oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad,
untuk menggambarkan status UPM sebagai pusat pengajian tinggi yang
merangkumi pelbagai bidang, terutamanya sains dan teknologi maklumat
yang menjadi keperluan kepada pembangunan negara di alaf baru ini.
Info Kerja Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM) - Juli 2014
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Universiti Putra Malaysia (UPM) seperti berikut:-
1. PENGAJAR GRED UDP
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :-
Ketua,
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan,
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor.
(u.p: Cik Siti Nura Amalina Binti Rashid)
Tarikh Tutup Permohonan:- 18 Julai 2014