Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) - Closing Date 20 July 2014
KEDA ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di
bawah Akta 249, Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981 dengan tujuan
untuk membantu mempercepatkan pembangunan sosioekonomi dan
infrastruktur di kawasan operasi KEDA.
Kawasan operasi KEDA meliputi keluasan 8,279 km persegi iaitu 89% daripada keseluruhan Negeri Kedah. Sebagai agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), KEDA dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek pembangunan meliputi program pembasmian kemiskinan, pembangunan kampung tradisional dan perumahan rakyat termiskin, pembangunan industri kecil dan sederhana serta program keusahawanan, latihan kemahiran, pembangunan modal insan, pembangunan infrastruktur dan ameniti sosial.

Dalam RMKe10,
fokus pembangunan KEDA meliputi program pembangunan wilayah dan ke arah
biaya diri. Aspek pembangunan wilayah merangkumi pembangunan fizikal,
ekonomi dan modal insan khususnya di kawasan pedalaman yang kurang maju
dan terpencil. Manakala ke arah biaya diri KEDA melibatkan inisiatif
penubuhan anak syarikat beserta subsidiari di bawahnya.
Dasar Kualiti
KEDA komited dalam melaksanakan program pembangunan dan perkhidmatan
yang berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan berteraskan
perkhidmatan yang cekap, amanah, berkesan dan mesra bagi mencapai
matlamat "PEMBANGUNAN SEIMBANG RAKYAT SEJAHTERA"
Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) - Closing Date 20 July 2014
Permohonan
adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat
Negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan
jawatan secara Kontrak/Tetap di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
seperti berikut:-
Jawatan Kosong Terkini 2014 di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Jawatan:
1. PENOLONG AKAUNTAN W27
2. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E27
3. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E17
4. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
5. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
6. PEMANDU KENDERAAN H11
7. PEMBANTU AWAM H11
8. PEMBANTU OPERASI N11
Cara memohon:
1) Semua permohonan hendaklah menggunakan borang KEDA AM 1/2011 yang boleh didapati melalui laman web www.keda.gov.my atau muat turun di bawah.
Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat
hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan
salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan terakhir.
2) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan:
a) Salinan sijil atau keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan;
b) Salinan sijil kelahiran, kad pengenalan dan sijil-sijil persekolahan.
3) Permohonan berikut akan ditolak:
a) Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;
b) Tidak lengkap atau tidak terang;
c) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
d) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat;
e) Tidak ditandatangani; dan
f) Diterima selepas tarikh tutup permohonan.
4. Permohonan hendaklah di hantar kepada:
Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim
Peti Surat 195
05720 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN
Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN yang dimohon.
5. Tarikh tutup permohonan: 20 July 2014
*Sila baca syarat kelayakan jawatan sebelum memohon, muat turun di bawah