Jawatan Kosong di Institut Aminuddin Baki - Closing Date 12 August 2014

Jawatan Kosong di Institut Aminuddin Baki - Closing Date 12 August 2014


Profile  Institut Aminuddin Baki
Usaha ke arah memantapkan sistem pendidikan di semua peringkat di Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bidang kepimpinan dan pengurusan telah bermula apabila "Malaysian Educational Staff Training Institute" (MESTI) ditubuhkan pada Mac 1979. MESTI ialah sebuah Institut Latihan Pegawai-Pegawai Pendidikan yang status awalnya adalah sebahagian daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa itu.

Penubuhan MESTI adalah berdasarkan Laporan Jawatan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1979(285)

Setakat ini belum ada sebuah maktab atau institusi pelajaran tempatan yang menawarkan latihan bagi pegawai-pegawai di bawah Kementerian Pelajaran untuk meninggikan taraf ikhtisas mereka. Pada masa ini kebanyakan pegawai ikhtisas yang memerlukan latihan lanjutan biasanya dihantar ke luar negara. Amalan ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi dan bilangan pegawai yang dapat dihantar adalah terhad. Selain daripada itu, bidang kajian yang mereka ikuti dan juga cara pemikiran terhadap sesuatu isu pendidikan mempunyai orientasi yang asing. Ini tidak mungkin memberi faedah yang maksimum kepada negara.Oleh yang demikian, dalam konteks mempertingkat keberkesanan dan kecekapan sistem pendidikan negara, melalui peningkatan sekolah-sekolah di Malaysia, MESTI berhasrat :

  • Memperkenalkan taraf keprofesionalan personel Perkhidmatan Pendidikan sebagai pendidik, pentadbir, dan sebagai agen-agen perubahan dalam strategi pendidikan negara, dan
  • Memperkembangkan secara sistematis amalan-amalan perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan matlamat negara di mana perubahan yang dilakukan adalah berkonsepkan perubahan terancang.

  • Sasaran Program latihan MESTI mencakupi
    1. Perancangan, pentadbiran serta penyeliaan pendidikan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
    2. Staf pengurusan serta pengurus-pengurus institusi pendidikan.
    3. Pendidik serta jurulatih guru-guru.
    4. Staf sokongan pentadbiran.
    MESTI yang diterajui oleh Dr.Chew Tow Yow (Pengetua) dan Dr. Mohd. Yaacob Haji Mat Nong (Naib Pengetua) bertempat di Bahagian Pendidikan Guru telah berpindah ke kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada bulan Ogos 1979 sehingga September 1980, dan kemudiannya berpindah pula ke Blok 1, Kompleks Pantai Puri, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke kampus rasminya di Sri Layang, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur pada bulan Mac 1985.
    MESTI kemudiannya dikenali sebagai Institut Pengurusan Pendidikan Negara pada tahun 1985 selaras dengan perkembangan pesatnya dan serentak dengan perpindahan operasinya ke kampus induknya sendiri yang terletak di kawasan seluas 121 ekar di Genting Highlands.
    Pada 14 Mac 1988 YB Menteri Pendidikan Malaysia mengisytiharkan nama baru IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) sebagai mengenang jasa Allahyarham Aminuddin Baki (Penasihat Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) dalam bidang pendidikan. Matlamat IAB ialah untuk membina dan membangunkan profesionalisme dalam kepemimpinan dan pengurusan pendidikan yang akan membantu membangunkan sistem pendidikan kebangsaan keseluruhannya.
    Peranan IAB kian berkembang merangkumi program-program yang bersepadu di peringkat institusi, daerah, kebangsaan dan antarabangsa di samping kursus-kursus khas pada peringkat serantau dan antarabangsa. >Selain itu, IAB juga pernah mengorak langkah mengendalikan program-program Sarjana Pengurusan Pendidikan secara usaha sama dengan universiti luar dan dalam negara.

    Jawatan Kosong di Institut Aminuddin Baki - Closing Date 12 August 2014
    Pelawaan untuk penempatan di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Nilai, mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

    Jawatan Kosong Terkini 2014 di Institut Aminuddin Baki

    1. PEGAWAI PENYUNTING DG 41

    2. PEGAWAI PENYUNTING DG 44

    3. PEGAWAI PEMBANGUNAN DG 44

    4. PEGAWAI PERHUBUNGAN DG 44

    5. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG 44.


    KELAYAKAN PEMOHON:

    1. PPP Gred 41 atau PPP gred DG 44;

    2. Sekurang-kurangnya memiliki Sarjana; dan

    PENGALAMAN PERKHIDMATAN (JAWATAN SEKARANG) PEMOHON DI SEKOLAH ATAU JPN:

    Jawatan 1 : Tempoh Perkhidmatan pemohon di sekolah/JPN tidak kurang dari 3 tahun

    Jawatan 2 - 5 : Tempoh Perkhidmatan pemohon di sekolah/JPN tidak kurang dari 5 tahunn


    * Untuk Jawatan Pegawai Penyunting DG41/DG44 keutamaan akan diberikan kepada calon yang berpengalaman dalam bidang penyuntingan.

    BORANG PERMOHONAN: 
    Boleh dimuat-turun dari portal rasmi Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Nilai mulai dari: 15 julai 2014 atau muat turun di bawah

    TARIKH TUTUP IKLAN: 
    Borang permohonan yang lengkap dengan Resume & Salinan- salinan sijil yang telah disahkan hendaklah sampai di Pejabat Pendaftar, Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Nilai sebelum atau pada 12 Ogos 2014.