Jawatan Kosong di Majlis Daerah Raub - Closing Date 31 July 2014
Mereka
juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebatan untuk
dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di
tebing tebatan itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup,
setiap kali emas diperolehi. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu
mudah untuk mendapatkannya, hanya menggunakan tangan untuk meraup,
adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB".
Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebatan yang
pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar
Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua
di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja
meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan
meraup emas lahir dari kata dasar "RAUP" sedangkan ejaan sekarang adalah
"RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai
digunakan dengan ejaan "RAUB" dari "RAUP".
Jawatan Kosong di Majlis Daerah Raub - Closing Date 31 July 2014
Permohonan
adalah dipelawa kepada Rakyat Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada
Rakyat Negeri Pahang) termasuklah Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang
berkhidmat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di dalam
pentadbiran Majlis Daerah Raub.
Jawatan Kosong Terkini 2014 di Majlis Daerah Raub
Jawatan:-
1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI), GRED N17
2 PEMBANTU PENGUATKUASA, GRED N17
3 PEMBANTU KESIHATAN AWAM, GRED U17
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Majlis Daerah Raub
yang boleh didapati di laman web Majlis di alamat www.mdraub.gov.my, atau dengan
datang sendiri atau mengirim sampul surat berwarna putih beralamat sendiri dan
bersetem 60 sen untuk setiap satu jawatan atau muat turun di bawah
Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan dokumen berikut:-
• Salinan kad pengenalan (depan/belakang), salinan sijil lahir, sijil-sijil
persekolahan, sijil/diploma/ijazah yang berkaitan, keputusan peperiksaan akhir
bagi kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang
berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
• Permohonan AKAN DITOLAK jika borang permohonan:
i. Tidak lengkap, tidak ditandatangani, tidak disertakan gambar, tidak
terang dan memohon jawatan yang tidak diiklankan;
ii. Tidak menyertakan dokumen-dokumen yang dikehendaki seperti yang
disyaratkan;
iii. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iv. Permohonan diterima selepas tarikh tutup iklan
v. Tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi Pegawai
yang sedang berkhidmat
• ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
Permohonan hendaklah sampai kepada:-
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH RAUB
27600 RAUB
PAHANG DARUL MAKMUR
Sebelum atau pada 31 JULAI 2014
Jawatan Kosong Terkini di Majlis Daerah Raub