Jawatan Kosong di Zakat Pulau Pinang - Closing Date 31 July 2014

Jawatan Kosong di Zakat Pulau Pinang - Closing Date 31 July 2014

 

Zakat Pulau Pinang memulakan operasi awalnya pada 27 Disember 1994 berpusat di Taman Selat, Butterworth. Pada peringkat awal penubuhan, terdapat tiga cawangan kaunter perkhidmatan zakat telah dibuka iaitu di Taman Selat, Butterworth, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), dan di Kompleks Bukit Mertajam.
Kini, Zakat Pulau Pinang telah menambah enam (6) lagi cawangan kaunter perkhidmatan zakat iaitu di Nibong Tebal, Bayan Baru, Balik Pulau, Kepala Batas, Lebuh Buckingham dan Ayer Itam.
Pada 3 Januari 2005, Zakat Pulau Pinang mengorak langkah yang lebih besar apabila berjaya memiliki bangunan sendiri di Bandar Perda, Bukit Mertajam sekaligus menjadikan ia sebagai ibu pejabat Zakat Pulau Pinang yang baru.

Pelawaan kini dibuka kepada seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang untuk mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Jabatan Teknologi Maklumat, Zakat Pulau Pinang



Jawatan Kosong Terkini 2014 di Zakat Pulau Pinang
Jawatan:-

1. PENYELIA KAUNTER

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

1.0 Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang masih belum bekerja / mempunyai 
pekerjaan tetap yang memiliki STAM / Diploma dalam dengan kepujian yang diiktiraf 
oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara 
dalam bidang Pengajian Islam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Terbuka 
juga kepada pemegang Diploma Tahfiz Al-Quran dari mana-mana Institut Pengajian. 

2.0 Calon-calon mestilah lulus sijil SPM / SPMV dengan memiliki sekurang-kurangnya kredit 
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (termasuk 
Ujian lisan) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

3.0 Calon-calon juga perlu mempunyai pengetahuan asas tentang agama khususnya ilmu 
berkisar pengurusan zakat. 

4.0 Keutamaan akan diberi kepada calon lelaki. 

GAJI dan ELAUN 
Gaji Pokok RM 1,350.00 sebulan serta Elaun Sara Hidup RM 300.00 sebulan. 

KEKOSONGAN 
i) 3 kekosongan di Daerah Barat Daya dan Timur Laut. 

ii) 3 kekosongan di Daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. 
  
Jawatan adalah secara kontrak sebelum diserapkan ke jawatan tetap berdasarkan penilaian 
prestasi calon. Tempoh percubaan adalah selama 6 bulan dari tarikh masuk kerja. 

Calon-calon yang berminat adalah dipelawa mengisi Borang Permohonan Jawatan dan 
mengemukakan surat permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon beserta 
keterangan peribadi yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan 
pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip akhir, kad pengenalan, sijil kelahiran, 
nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak 
dikembalikan) selewat-lewatnya pada 31 Julai 2014 kepada : 


PENGURUS BESAR 
ZAKAT PULAU PINANG 
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG 
NO 4, JALAN PERDA SELATAN, BANDAR PERDA 
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG 


Jawatan Kosong di Zakat Pulau Pinang